Saya Bukan Penulis. Tapi Saya Masih Menulis Blog.

Saya tak pandai menulis. Buat apa saya nak tulis?
At least, itu yang saya fikirkan sebelum ni.
Saya bukannya nak jadi penulis buku atau wartawan pon.
Tetapi saya selalu tertarik dengan idea untuk ada blog sendiri. Ingat lagi kali pertama saya menulis blog adalah 8-10 tahun lepas. Waktu tu pertama kali parent saya hantar saya untuk sambung belajar ke universiti di selatan tanah air. Kami bergerak daripada pantai Timur pada awal pagi dan singgah bermalam di sebuah hotel budget di daerah Yong Peng. Dan dari situlah lahirnya blog pertama saya: Oh! Hotel Budget Yong Peng.
Ketika tu saya mula menulis blog sebab saya ada banyak benda dalam kepala – dan tak tahu kat mana nak salurkannya ke mana. Jadi menulis menjadi outlet untuk saya luahkan apa yang bermain dalam kepala. Jauh sekali untuk menjadi popular.
Dan benda tu – menulis – tanpa saya sedar telah mengubah hidup saya.
Menulis Bukan untuk Orang Lain, Untuk Diri Sendiri
Ramai orang tanya, "Takde orang baca pun. Buat apa tulis?"
Tetapi hakikatnya, sebab takde orang bacalah kita kena menulis.
Writing is more for the writer than the reader.
Mula-mula saya tulis tujuanya adalah untuk rekod pengalaman, pemikiran dan apa jugak yang saya tengah explore zaman belajar ketika tu. Saya pun tak promote sangat – kecuali kawan rapat saya Saiful, thank you Saiful sebab tak jemu baca tulisan aku dulu – saya hanya tulis saja. Namun, lepas satu post ke satu post saya rasa pelik – saya rasa apabila saya menulis, saya mula fahami diri saya sendiri.
Saya mula nampak idea-idea yang sebelum ini macam pudar dan kabur, kini lebih jelas.
Saya mula tahu apa yang sebenarnya saya percaya, yang sebelum ini hanya rasa-rasa saja.
Saya mula perasan pattern dalam hidup dan kerja yang sebelum ini saya tak sedar.
Tapi Kenapa Ramai Tak Mula Menulis?
Ramai orang tak mula tulis blog sebab:
- "Aku tak reti tulis"
- "Aku tak pandai buat ayat yang padu"
- "Siapa je nak baca blog aku?"
- "Aku tak tahu nak tulis pasal apa"
Saya faham. Saya sendiri pun pernah rasa semua tu — dan kadang-kadang, masih rasa sampai sekarang.
Tetapi inilah yang saya belajar:
Menulis bukan bukan soal menjadi pandai – tetapi ianya soal menjadi jujur. Jujur dengan diri sendiri dan perasaan.
Kebanyakkan post yang famous atau ramai orang baca kat luar sana... bukan sebab ayat yang power giler. Tapi sebab mereka cakap benda yang orang lain tak perani cakap. Atau mereka jujur dengan diri mereka sendiri.
Dan benda tu connect dengan pembaca-pembaca.
Menulis Online Boleh Membuka Peluang Serius
Lama-kelamaan, menulis blog membawa benda yang saya sebelum ini tak pernah sangka:
- Mendapat kenalan atau kawan dari internet.
- Dapat peluang pekerjaan yang lebih baik.
- Menjana duit secara online – bermula denga hanya RM20 menjadi 4 angka.
- Orang tanya pendapat – walaupun saya bukanlah orangnya.
Tapi paling penting adalah saya nampak menulis ni bukan lagi hanya menyusun ayat tetapi ianya sebuah aset. Bila saya menulis, saya tengah bina 'bank of idea'. Kadang-kadang idea tersebut saya tak pakai serta merta, tetapi apabila sampai masa saya hanya gunakan sahaja. Saya boleh guna balik idea tu untuk video, email, media sosial, atau produk.
Semua orang tak kisah apa jugak tujuan, mulakan dengan menulis secara online preferably on your blog.
Kalau orang cakap menulis hanyalah buang masa, saya tak setuju sama sekali. Dengan menulis hidup saya bergerak.
Menulis Blog Bukan Pasal Jadi Famous
Ianya soal clarity. Jadi jujur dan real.
Dan apabila kita buat benda itu – setiap minggu – kita jadi orang yang tahu apa yang dia sendiri percaya.
Instead of kita hanya sekadar pengguna content, scrolling media sosial, kita jadi pencipta. Bukan hanya penonton, kita sekarang adalah pemain.
Itu yang saya nak bantu orang capai dengan 7-Post Launchpad – ianya cabaran menulis 1 blog post seminggu selama 7 minggu. Tak perlu skill, tak perlu audience.
Cuma perlu satu benda: komitment untuk bermula.
Tapi itu cerita post minggu depan.
👉 Join waiting list kat bawah
(atau reply email ni kalau anda dapat post ni dari newsletter)
Sekarang saya nak ajak anda berfikir:
- Apa perkara yang asyik berlegar dalam kepala anda?
- Apa cerita yang anda nak cerita, tetapi tak pernah share?
- Apa idea yang anda dok sembang dengan kawan – tapi tak pernah tulis di mana-mana?
Maybe sekarang tiba masa untuk keluarkan daripada kepala... dan masukkannya ke blog.
Saya bukan penulis. Tetapi saya masih menulis blog.
Dan saya harap anda pon akan mula menulis satu hari nanti – maybe hari tu adalah hari ini.
Member discussion