Buat duit online pertama kali buat aku terfikir...

read on blog.
Hi, salam Jumaat & selamat datang ke newsletter Ameruddin Ibrahim.
"When everything bad, go for gold."
Jangan tengok harga emas sekarang, kalau korang tak nak murung sepanjang hari. Aku masih ingat lagi 6 tahun lepas, waktu beli cincin kahwin baru dalam RM190 1 gram. Sekarang? Giler! Harga emas sekarang diparas PALING TINGGI sejak tahun 1973!
Sebelum korang rasa rugi kalau tak beli sekarang atau patut ke jual emas korang sekarang, boleh berhenti sekejap dan tanya:
- Adakah aku faham kenapa harga emas sekarang tengah naik?
- Adakah aku beli sebab perlindungan atau spekulasi semata-mata?
- Apa respon yang aku buat kalau harga emas yang aku beli sekarang jatuh?
Boleh baca tulisan saya minggu ini pasal "Harga Emas Melonjak: 3 Benda Penting yang Ramai Tak Sedar". Percubaan untuk beri sedikit perspektif berbeza sebelum korang decide untuk beli emas sekarang. Macam saya masih lagi dengan pendirian yang emas adalah aset yang "malas". Dan kalau saya ada emas sekarang, saya akan pilih untuk jual sebahagiannya dan beli semula waktu emas kembali stabil.
Alright, straight ke newsletter minggu ini.
Buat duit online pertama kali buat aku terfikir...
Waktu PKP covid-19 dulu, tarikh 14 Jun 2021, pertama kali aku rasa hasil duit melalui internet. Tak banyak pun. Jumlahnya RM20 saja. Aku dapat daripada salah satu investment produk yang aku pernah share kat Youtube (videonya masih available kalau korang nak tengok). Malam tu aku tak boleh tidur. Otak aku berpusing dengan kemungkinan yang ada.
Boleh sebenarnya aku buat duit melalui internet.

Tapi benda tu terhenti dan aku tak teruskan atas sebab-sebab tertentu. Mungkin aku akan cerita dalam isu-isu akan datang. Kalau korang suka baca personal sharing macam ini, korang boleh subscribe newsletter ini kat bawah 😉.
Jadi kali ini aku nak make it proper way dan hopefully sustainable way. So, ini apa yang aku akan buat; aku akan dokumenkan data, nombor dan pengajaran yang aku belajar sepanjang 1 tahun aku cuba jana duit dari internet. Nanti aku fikirkan nama yang catchy untuk projek atau eksperimen ini kemudian.
Sebab semua orang selalu cakap berapa banyak duit yang diorang dapat dari internet, tetapi aku tak jumpa yang betul-betul share perjalanan diorang sampai ke tahap tu. Senang ke? Susah ke macamana? Oleh sebab tu, untuk projek ini aku akan share perjalanan aku sendiri untuk jana duit dari internet dan aku nak tengok berapa banyak yang aku boleh dapat 1 tahun daripada sekarang?
Berapa banyak yang aku boleh dapat bermula daripada tarikh hari 11 April 2025 hingga 11 April 2026? Aku pun tak ada jawapan. Sekarang aku hanyalah sorang millennial yang kerja hakiki 8-6 (ya ini waktu kerja aku sekarang) tetapi aku rasa aku capable of doing more than apa yang aku buat kat ofis sekarang.
Kepada korang yang pernah baca newsletter aku sebelum-sebelum ini, formatnya akan sikit berbeza. Selama satu tahun ini aku akan tulis newsletter ini macam diari. Yang mana aku akan share perjalanan dan progress projek ini.
(Mungkin aku akan share snippet progress di Instagram jugak? Aku tak pasti)
Kalau korang sendiri nak cuba apa yang aku akan discover nanti, atau korang sekadar nak baca perjalanan projek aku ini, atau korang pun pernah ada pengalaman buat duit online dan nak share your own insights boleh kongsi kat bahagian komen blog ini. I would love to read your personal experiences & reply your comment!
InsyaAllah bermula Jumaat ini hingga ke Jumaat yang ke-52 akan datang korang akan baca progress untuk projek ini. Adakah ianya akan berjaya atau gagal dengan teruk? Sama-sama kita baca nanti. Actually aku rasa nervous yet excited for this 😳.
Sebagai permulaan ini simple plan yang aku akan buat untuk pastikan projek berhasil:
- Publish weekly blog post (pillar content)
- Publish Friday newsletter (more personal & insights)
- Selective post di Twitter & Instagram (social organic & traffic)
Aku tak plan untuk post setiap hari di sosial media sebab aku penah berada di "hamster-wheel" tu dulu. Aku buat thread, tweet untuk kejar metrics. Just to hit my dopamine addiction. Aku rasa cara sebelum ini tak sustainable untuk aku dengan kerja dan priority sekarang. In fact, aku rasa 3 benda tadi sudah cukup bagus dan hopefully along the way SEO/Google will take care of it for me. Benda yang tak kurang penting adalah word-of-mouth daripada pembaca macam korang 🥰. So kalau korang rasa newsletter ini ada value, please forward atau share kepada family/kawan rapat supaya mereka pun enjoy value yang sama.
Apa yang korang boleh expect dalam newsletter-newsletter akan datang: Aku akan kongsikan report mingguan serta pendapatan dan pengajaran atau insight yang aku belajar sepanjang minggu tersebut.
Ingat ya selama 52 minggu.
It's full transparency.
Aku akan share my ups and downs supaya korang yang baca ini boleh belajar bersama dan take action. Aku akan cuba untuk real dan jujur apabila menulis perkongsian tersebut nanti.
Worst case scenario:
Crickets 🦗🦗🦗
Tak ada apa yang jadi kecuali komen atau cacian, mungkin. Aku masih lagi kerja makan gaji seperti biasa dan aku move-on. At least aku tahu yang aku pernah cuba untuk kejar cita-cita making money online.. sama macam aku pernah buat insurans, unit trust atau jual rumah waktu aku 20-an dulu. Ya, aku pernah cuba banyak benda sebelum ini tapi semuanya... tak berjaya macam yang aku harapkan. Hopefully projek ini boleh beri, atau sekurang-kurangnya tunjuk, jalan yang aku nak.
Best case scenario:
Aku boleh hantar surat resign dan bina impian aku untuk ada bisnes online macam Tim Ferris, Ali Abdaal atau Nat Eliason. Aku tak perlu lagi apply cuti kalau nak bawak keluarga bercuti dll. Dan mungkin, mungkin aku ada peluang untuk capai financially freedom aku sendiri.
Siapa tahu? Kita tak tahu apa masa depan macamana yang kita akan dapat nanti.
Melainkan.. kita sendiri yang work for it.
Sementara itu, aku akan cari jalan untuk sampai ke destinasi tersebut sambil menulis.. sekurang-kurangya tulisan ini untuk diri aku sendiri ✍. So, itu sahaja yang saya ada untuk newsletter kali ini. Kita jumpa lagi dalam isu akan datang.
Selamat hari raya,
xoxo
Ameruddin Ibrahim
p/s: Kalau korang suka tulisan ini, korang mesti akan suka dengan newsletter saya jugak. Setiap Jumaat pagi saya akan hantar 1 post baru daripada blog ini serta my personal insight and lessons.
Member discussion