Tiada istilah "passive income"

Kalau ini kali pertama korang baca ni, ini adalah newsletter mingguan yang aku berkongsi lessons, insights dan apa yang menarik perhatian sepanjang minggu tersebut. Korang boleh baca isu sebelumnya di sini dan di sini.
Hi dan salam hari Jumaat.
Tahun 2020-2021 kita ingatkan pasaran saham dah teruk sangat dah... tetapi tidak. Dengan perang dagang 2.0 sekarang, 50-65% jangkaan ekonomi akan perlahan dan possibly market akan crash. Terbaru China dikenakan tarif sebanyak 245% oleh US! Korang rasa China akan duduk diam? Aku rasa tak mungkin. In fact, sekarang China dah pun retaliate dengan tarif tu.
Jadi apa kesannya pada pasaran saham? Korang sebut je apa, S&P500, KLCI, Nasdaq, semuanya tengah jatuh... kecuali emas. Adakah sekarang waktu terbaik untuk kita apply quote Warren Buffet ni;
"be fearful when others are greedy, and be greedy when others are fearful." - Warren Buffett
Dua hari lepas, aku publish blog post terbaru tentang "Semua Orang Kata Buy The Dip". Tapi adakah Buffett sendiri tengah "buy the dip" sekarang? Mungkin.. tapi yang pasti sekarang dia dilaporkan tengah pegang cash paling banyak dalam sejarah dengan jumlah $344 billion. Apa twist yang dia tahu yang kita tak tahu? Apa yang kita boleh prepare supaya tak terlepas "opportunity of a lifetime" ni? Korang nak details yang lebih juicy? Baca tulisan penuh di sini.
Alright, straight ke newsletter minggu ini.
Tiada istilah “passive income”…
Lepas aku decide untuk dokumenkan journey aku untuk jana duit melalui internet minggu lepas, otak aku tak berhenti berfikir. Macamana aku nak jayakan projek selama 1 tahun ini? Apa yang aku nak buat? Servis apa yang aku nak offer? Aku tak nak biarkan projek ini gagal buat kali ke-2.
Kalau korang pernah baca atau follow mana-mana influencer atau konten kreator yang buat busines online sekarang, atau korang search saja apa-apa yang related dengan "cara buat duit online" atau "cara dapatkan 1,000 follower pertama", korang akan jumpa benda yang hampir sama. Iaitu:
- Cari niche korang
- Konsisten buat konten
- Dapatkan follower
- Bina trust & auhority
- Monetize follower korang
Bam, korang dah boleh jadi jutawan.
Honestly, aku boleh katakan benda ni adalah mustahil. Ianya tak straightforward macam tu. Aku percara sesuatu yang valuable – yang orang sanggup bayar mahal mesti datang daripada effort yang mahal atau besar jugak. Sama macam konsep passive income. Tak ada income yang betul-betul passive yang korang boleh goyang kaki dan dapat duit percuma. In fact, kalau korang nak goyang kaki enjoy dengan dividen ASB pon masih perlukan modal yang besar. Contohnya, korang perlukan sekitar 2 juta untuk korang enjoy hidup dengan RM8,000-RM10,000 sebulan.
So... dah tak ada peluang ke untuk aku jana duit online secara kalau tak 100% passive, mungkin semi-passive?
Aku teringat yang aku pernah baca tentang 1,000 True Fans tulisan Kelvin Kelly. Dengan leverage internet, kita sekarang tak perlukan audience yang besar. 1,000 true fans sudah cukup. Kita boleh start bina apa-apa bisnes yang kita nak dengan small audience. Lagi niche audience tu lagi bagus.
Instead of aku just duk fikir sorang-sorang, aku tanya ChatGPT. Ini prompt aku tulis:
With all info and memory that you have about me, give me 10 solids ways on how I can generate money online. For starting, I want to make at least RM100 per week. Focus on utilizing my blog.
So ini sample weekly plan yang aku dapat:
Plan ini quite good for starting. Tapi bagi aku ianya masih lagi vague. Ini beberapa idea yang aku rasa ada potensi untuk aku cuba.
- Subscription newsletter – rasanya aku perlukan lebih ramai subs daripada sekarang.
- Digital product – aku nak try 1 idea ni inspired daripada konsep Ali Abdaal, we'll see. Aku kena dapatkan more input daripada korang.
- Mini coaching call – selalu tengok entrerprenuer luar malaysia buat, teringin nak cuba. Maybe aku boleh cuba tanya Helmi Hassan– Youtube Funnel.
- Tulis buku – ini antara impian aku sejak zaman belajar tapi... buku ini perlukan effort yang banyak! (Tapi bukan ke tadi aku cakap benda yang valueable perlukan effort yang tinggi.)
- Ghostwriting (email course & artikel) – ini macam aku offer service kepada client-client. Rasanya Suraya daripada Ringgit oh Ringgit mula dengan cara ni dulu. Idea ni ada potensi untuk aku buat duit walaupun dengan audience yang kecik. Aku jual high-ticket item kepada spesifik client.
Untuk itu aku ada beberapa soalan nak tanya dan aku perlukan jawapan dan feedback yang jujur. (Jangan risau aku tak kan terasa hati 🤞)
Kalau korang tak boleh tengok soalan ini, boleh jawab kat blog ini.
Sekarang apa yang aku dah buat untuk minggu ini?
- Aku publish latest blog post untuk pillar content berkenaan dengan investing.
- Aku craft thread di X untuk tease dan validate idea untuk upcoming blog post.
- Selectively post di X dan Instagram (Ya, finally aku reinstall my IG on phone)
Aku cuba untuk ignore what ever numbers, likes dan RTs yang aku dapat. Aku just do the work. Sebab aku tahu benda ini akan take time & effort.
Okay ni ada soalan last untuk korang.
Kalau korang tak boleh tengok soalan ini, boleh jawab kat blog ini.
Sorry kalau korang kena buat kerja sambil tengah baca ni
Earnings Week 1
Alright, jom tengok dry stats. Aku buat excel file supaya senang aku nak tengok progress projek ni. Ingat projek ni sampai 52 minggu tau. So, memang tiap minggu korang akan nampak stats ni.
Here's the screenshot:

For your info, untuk newsletter subs korang akan tengok number tu ada spike sebab aku import daripada Substack dan projek lama aku buat dulu. Aku expect number tu akan slowly standarized dalam 2-4 minggu lagi. Lepas tu baru akan nampak real subscriber yang decide untuk stay dalam newsletter ni.
Untuk Twitter aku rasa boleh grow kalau aku craft 2-3 thread seminggu yang aku dah sekarang. Aku tak expect akan grow much di Instagram sebab aku don't have much time untuk edit content kat sini. Mungkin aku upload kadang-kadang saja, probably pasal life updates.
Apa Aku Jumpa Minggu ni
- Make Something Heavy – Anu Atluru. Artikel ni aku rasa related dengan apa yang aku tengah ranting sekarang. Fokus kepada benda yang heavy – berat atau mempunyai value. Sebab biasanya benda berat ini biasanya lebih durable atau tahan lasak.
Benda ringan = Tiktok video, ig posts, newsletter macam ni dll.
Benda sedarhana = Blog post panjang, YT video dll.
Benda berat = Movie, buku, TV siri dll.
Cuba ingat balik minggu lepas video Tiktok apa yang korang tengok? Majority daripada kita tak ingat pon. Tapi kalau tanya buku atau movie apa yang di tengok bulan lepas.. atau tahun lepas rasanya kita boleh ingat tajuk dan cerita yang kita tengok. Focus on building heavy stuffs.
So, itu sahaja yang saya ada untuk newsletter kali ini. Kita jumpa lagi dalam isu akan datang.
xoxo
Amer
p/s: Kalau korang suka tulisan ini, korang mesti akan suka dengan newsletter saya jugak. Setiap Jumaat pagi saya akan hantar 1 post baru daripada blog ini serta my personal insight and lessons.
Member discussion