4 min read

Harga Emas Melonjak: 3 Benda Penting yang Ramai Tak Sedar

Harga Emas Melonjak: 3 Benda Penting yang Ramai Tak Sedar

Siapa sangka harga emas hari ini mampu mencecah hampir RM450 per gram. Masih ingat lagi cincin kahwin saya beli 6 tahun lepas pun baru dalam RM190 saja. Sekarang? Harganya lebih 2x ganda. Giler bukan?

"When everything bad, go for gold."

Walaupun harga sekarang macam tak masuk akal, tapi masih ramai membeli logam tersebut. Sebab apa sebenarnya harga emas ini tiba-tiba naik? Berbanding dengan masa covid-19 dulu, setidaknya kami semua masih boleh bekerja seperti biasa, boleh makan dan minum di shopping mall seperti biasa? Masih..

Apa yang kita sedang lihat sekarang adalah gold-rush atau perasaan panik dan FOMO. Orang yang belum beli rasa menyesal tak beli daripada awal, waktu harga masih rendah. Orang yang dah beli pulak, rasa menyesal tak beli dengan banyak. Begitulah emas. Logam yang tak perlu bising-bising di internet. Tetapi apabila aset lain jatuh, seolah-olah dia muncul dan berkata:

"Aku sudah ada daripada zaman Firaun lagi."

Nampak gaya selagi apa yang Trump 2.0 buat sekarang belum reda, gelombang gold-rush ini tak akan berhenti dalam masa terdekat.

Jadi adalah korang patut beli emas sekarang dan join bandwagon? Tulisan ini bukan untuk pujuk korang untuk beli atau jual emas sekarang, tetapi untuk beri perspektif sedikit berbeza sebelum korang buat keputusan.

Di Saat Dunia Lemah, Emas Dilihat Kuat

Bila harga emas naik, ramai yang fikir sepatutnya daripada dulu mereka patut beli emas. Jual saja saham, tutup sahaja ASB financing dll. Kalau korang ada fikiran begitu, korang salah. Harga emas naik bukan sebab ianya aset yang hebat atau superior. Sebenarnya harga emas jadi kukuh apabila.. semua aset lain goyah.

Hanya ada beberapa ketika sahaja harga emas dilihat mengukuh contohnya seperti sekarang. Inflasi di Amerika Syarikat dilihat tak reda walaupun cuba dikawal oleh Fed. Hasilnya, harga barangan menjadi tinggi dan rakyat mula berjimat-cermat. Kalau dalam perspektif personal finance, berjimat itu bagus. Tapi kalau untuk ekonomi negara ianya mengundang bahaya. Apabila rakyat terlampau berjimat, ekonomi dan pertumbuhan negara akan mula perlahan. Bisnes tidak rancak, dan gaji rakyat pun tak akan berkembang cepat. Selain tu, pasaran saham jugak menjadi suram.

Apabila benda-benda tersebut berlaku, orang akan menjadi tempat menyimpan yang paling selamat dan klasik iaitu.. EMAS. Jadi emas bukanlah pelaburan yang bagus, tetapi kenaikkan harganya memberi isyarat bahawa dunia sedang cemas. Dan kebiasaanya kita jarang buat keputusan yang bijak apabila cemas bukan? Itulah penyebab harganya mencanak naik. Demand tiba-tiba menlonjak.

Emas Seperti Itik Emas yang Tak Bertelur

Jika dibandingakan dengan aset pelaburan seperti ASB/KWSP, saham, rumah serta aset yang paling selamat seperti fixed deposit, emas adalah aset yang malas. Tak seperti aset lain, emas tak memberi apa-apa pulangan kepada penyimpan. Setidaknya dengan:

  • ASB/KWSP korang dapat dividen 5.75% & 6.3%.
  • Rumah korang boleh sewakan dan jana passive income.
  • Fixed deposit bank akan bagikan coupon setiap 3/6/12 bulan.

Jadi apa sebab korang masih membeli atau menyimpan emas sekarang? Satu-satunya pulangan daripada emas adalah daripada pergerakkan harga; korang beli pada harga yang rendah, dan jual pada harga yang tinggi. And most of the time, orang akan beli pada harga yang tinggi macam sekarang, dan apabila sampai masa untuk menjual mereka hanya sekadar breakeven saja apabila ditolak kos-kos menyimpan emas.

Selain daripada malas, saya menganggap emas sebagai aset yang tidak produktif. Tetapi.. disebalik kata-kata tersebut, ada yang lupa bahawa disitulah terletaknya keunikkan emas. Ia hanya duduk diam sahaja tetapi apabila sistem lain runtuh pemilik emas tidak akan jatuh miskin. Seperti kata-kata Nassim Taleb, emas aset yang "robust" (walaupun belum cukup antifragile) - ia tidak tumbuh tetapi tahan lasak.

Emas Bukan Pelaburan. Ianya Polisi Insuran (Yang Mahal)

Orang yang panik sekarang adalah mereka yang membeli dengan harapan emas akan "naik dan naik lagi". Bunyi macam familiar tak? (hint: wagmi) Tapi kalau tengok sejarah harga emas sepanjang masa. Emas mempunyai rekod yang agak konsisten dengan harganya naik dan mendatar untuk tempoh yang panjang. Ada ketika selepas 10 tahun, emas masih tak mempunyai keuntungan yang ketara. Korang cuba tengok graf harga emas di bawah (tengok garisan biru).

sumber graf

Setidaknya dengan ASB atau KWSP, duit simpanan RM10,000 korang hampir-hampir menjadi RM20,000 selepas 10 tahun.

Kalau korang membeli emas sekarang semata-mata mengharapkan harganya akan naik, sedarlah korang mungkin beli disebabkan hype. Dan kalau yaa, besar kemungkinan korang akan jualnya pada harga yang lebih rendah kemudian hari nanti.

Jadilah perlabur yang bijak, mereka anggap emas sebagai polisi insurans yang mahal. Seperti waktu korang membeli insurans, korang sendiri tak berharap satu hari nanti korang akan sakit bukan? Tetapi korang membeli insurans supaya korang boleh tidur lena disaat bil hospital keluar nanti.

Jangan Sekadar Mengikut Arus

Daripada merasa panik dengan melihat harga emas yang melonjak sekarang, mungkin ianya boleh menjadi isyarat untuk korang berhenti sekejap dan bertanya:

  • Adakah aku faham kenapa harga emas sekarang sedang naik?
  • Adakah aku beli sebab perlindungan atau spekulasi semata-mata?
  • Apa respon yang aku akan buat kalau harga emas yang aku beli sedang jatuh?

Emas mungkin tak buat korang kaya. Tapi dalam dunia yang tak menentu sekarang, ia mungkin cukup untuk memastikan nilai harta korang tak terhakis.

Lepas korang baca dan ada bercadang untuk membeli emas, saya suggest KAB Gold. Boleh guna referal link dibawah untuk beli serendah 0.2gram

p/s: Kalau korang suka tulisan ini, korang mesti akan suka dengan newsletter saya jugak. Setiap Jumaat pagi saya akan hantar 1 post baru daripada blog ini serta my personal insight and lessons.