Semua Orang Kata "Buy the Dip"

Tapi Buffett Simpan Cash $334 billion. Apa yang Dia Tahu yang Kita Tak Tahu?
Bila pasaran saham jatuh sikit, media sosial jadi riuh rendah macam pasar malam. Macam tiba-tiba semua orang acah jadi value investor.
"BUY THE DIP BRO!"
"Waktu ni lah Warren Buffett masuk!"
Lepas tu keluarlah quote macam "be greedy when others are fearful" siap letak candlestick merah lagi. Tapi ada satu masalah besar.
Di saat nama Warren Buffett kena petik bila market tengah panic sekarang, ramai tak tahu satu fakta penting — Warren Buffett sekarang tengah duduk atas cash lebih $334 billion, dan... dia tak atau belum beli apa-apa lagi.
Orang cakap BELI saham macam NVIDIA, AMD... dia buat bodoh.
Orang cakap beli HOLD saham Apple... dia pergi jual.
Orang cakap sekarang "opportunity of a lifetime"... dia tak nak dengar.
Dia cuma... tunggu. Mungkin dia tahu sesuatu yang kita semua tak tahu?
Buffett Bukan Beli Masa Harga Jatuh. Dia Beli Masa Value Jatuh.
Quote yang famous Warren Buffett adalah:
“Be fearful when others are greedy, and be greedy when others are fearful.”
Apabila kita dengar quote ini, kita terus fikir: "Oh! Sekarang orang tengah panik, jadi kita beli je semua!". Tapi realitinya, Buffett beli:
- Apabila saham tersebut ada economic moat.
- Bisnes yang dia betul-betul faham.
- Saham yang tengah dijual sebab panik, bukan sebab syarikat tersebut rosak.
Cuba kita tengok masa tahun 2008, tahun dimana quote tersebut menjadi famous, Warren Buffett beli Goldman Sachs dan Bank of America—2 syarikat yang gergasi yang mempunyai fundamental yang kukuh. Bukannya saham-saham memes atau startup yang belum tentu untung.
Dia beli berbillion-billion dollar nilai saham... bukan sebab tengok harganya tengah murah, tetapi sebab dia nampak value sebenar syarikat tersebut adalah tinggi. Jauh lagi tinggi daripada harga yang ditawarkan pada waktu market crash itu.
💡 Fakta:
Berkshire Hathaway sekarang tengah pegang cash lebih daripada $334 billion. Ini cash terbesar dalam sejarah syarikat konglomerat tersebut.
Jumlah ini lagi banyak dari KDNK negara seperti Kuwait, Sri Lanka, atau Hungary.
Dan cash ni?
Buffett tak sentuh. Atau belum sentuh.
Jadi... Kalau Bukan Sekarang Masa untuk Tamak. Sekarang Masa untuk Apa?
Kalau ikut logik semua orang — bila market crash, Buffett akan masuk. Tapi kali ini, tidak. Di saat saham Tesla dah jatuh 50%. NVIDIA dan AMD pulak? Masing-masing jatuh hampir 20-30%. Dan macam-macam lagi.
Lepas perang tarif yang Trump 2.0 umumkan baru-baru ini, saham-saham besar semuanya tengah jatuh. Korang sebut saja saham apa. Jadi kenapa Buffett masih pegang cash?
Mungkin dia...
- tahu sekarang hanyalah market correction, bukannya kegawatan sebenar.
- tahu perang tarif ini akan mengubah dinamik kuasa global. Jadi tunggu dan lihat. Adakah ada satu kuasa ekonomi baru akan muncul selepas Amerika Syarikat?
- tahu cash is king — until it becomes a kingdom.
Atau mungkin, Buffett tahu bahawa pasaran sekarang masih belum benar-benar panik.
Tak Semua "Dip" Itu Diskaun
Korang cuba bayangkan ada satu kedai jual iPhone. Tiba-tiba kedai tu buat diskaun sampai 50%. Luar daripada kebiasaan. Tapi apabila korang bukak kotak iPhone tu, yang ada rupanya hanya kotak kosong saja.
Jadi harga yang murah tak sama dengan value yang tinggi. In fact, kedua-duanya tak boleh duduk bersama. Jarang sangat korang boleh dapat sesuatu yang mempunyai value yang tinggi tetapi dengan harga yang murah.
Dalam pasaran saham pun sama. Kalau sesuatu saham jatuh sehingga 40%, tak bermaksud ianya murah. Boleh jadi sebab bisnes tersebut sudah teruk atau management sekarang tak buat kerja.
Buffett tengok bisnes dan fundamental dulu, kemudian barulah dia tengok harga. Kadang-kadang dia akan tunggu hingga bertahun-tahun, sampailah pada harga yang dia nak, barulah dia ambik keputusan untuk beli bisnes tersebut.
Tetapi kita? Beli dulu, dah rugi barulah tengok bisnes. Barulah mula salahkan management, barulah nak tengok laporan kewangan dll. Waktu tu semuanya dah terlambat.
Jadi Apa Kita Boleh Buat Sekarang?
- Audit portfolio korang.
Kalau exposure sesuatu aset terlalu tinggi, boleh cuba kurangkan atau rebalancing semula. - Kumpul cash.
Buffett simpan hingga $300 billion lebih. Korang mungkin tak perlu banyak macam itu... tapi jangan pergi all-in sekarang. - Daripada baca Twitter thread, mula baca laporan tahunan.
Atau sekarang adalah masa terbaik untuk... untuk subscribe this blog. - Cari bisnes, bukan hanya ticker.
Study syarikat yang mempunyai economy moat, untung yang konsisten dan track rekod yang bagus. - Ingat: kadang-kadang, langkah paling bijak adalah... tunggu.
Kalau korang pelabur di dalam Malaysia, ada beberapa sektor yang korang boleh beri perhatian. Antaranya sektor makanan ruji, perbankan, utiliti — yang sentiasa membayar dividen dan mempunyai aliran tunai yang bagus.
Sementara kalau korang berminat untuk melabur di pasaran luar Malaysia, seperti US, korang boleh rujuk portfolio Warren Buffet atau Bershire Hathaway pegang. Atau aku lebih prefer untuk korang labur dalam index fund yang patuh syariah seperti SPUS atau HLAL. Cara paling fleksible dan mudah adalah korang daftar akaun Wahed Invest (guna referral code saya : muhche72).
In fact, Buffett sendiri recommand 98% pelabur-pelabur untuk melabur dalam index fund sebab ianya well-diversified & kos pengurusan yang rendah. Yaa, memang index fund ini nampak bosan, tak rancak macam beli saham individu. Tetapi itulah caranya Warren Buffett membina kekayaannya. Melabur dalam syarikat atau saham yang bosan untuk tempoh masa yang panjang.
Jadi... Perlu ke "Buy the Dip"?
Warren Buffet bukan tak nak beli the dip. Tetapi disaat semua orang tengah rakus, peluang sebenarnya belum datang. Mungkin sekarang belum lagi masa untuk menjadi tamak.
Mungkin sekarang adalah masa untuk bersiap siaga menanti peluang yang betul-betul akan tiba.
Dan bila masa itu datang... Buffett dan pelabur-pelabur lain yang sabar — akan cepat-cepat masuk all-in. Dan kalau korang tak prepare daripada sekarang, mungkin korang sebenarnya yang terlepas "opportunity of a lifetime" tersebut.
p/s: Kalau korang suka tulisan ini, korang mesti akan suka dengan newsletter saya jugak. Setiap Jumaat pagi saya akan hantar 1 post baru daripada blog ini serta my personal insight and lessons.
Member discussion