4 min read

Setidaknya aku cuba...

Setidaknya aku cuba...

Kalau ini kali pertama korang baca ni, ini adalah newsletter mingguan yang aku berkongsi lessons, insights dan apa yang menarik perhatian sepanjang minggu tersebut. Korang boleh baca isu sebelumnya di sini atau di sini.


Hi dan salam Jumaat.

Ramai yang tanya, "Takde orang baca pun. Buat apa tulis?"

Tapi hakikatnya, sebab takde orang bacalah kita kena tulis.

Writing is more for the writer than the reader.

Hari Selasa lepas, aku publish new blog post pasal "Saya Bukan Penulis. Tapi Saya Masih Menulis Blog." Percubaan untuk share apa manfaat apabila kita menulis untuk diri sendiri bukan untuk famous dan bagaimana menulis boleh membuka peluang yang korang tak pernah sangka.

At least for me, dengan menulis aku pernah jana duit secara online bermula RM20 hingga menjadi 4 angka... dan offer kerja yang aku dapat sekarang pun sebab aku menulis.

Alright, straight ke newsletter minggu ini.


Setidaknya aku cuba...

Dalam newsletter lepas, aku ada cakap nak test 1 idea cabaran daripada Ali Abdaal; 7-Video Challenge. Tujuan utama cabaran tu ialah untuk kickstart sesapa yang nak buat content kat Youtube. Ideanya adalah untuk publish 1 video 1 minggu selama 7 minggu. Kalau yang join cabaran tadi berjaya publish 7 video, mereka akan full-refund yuran komitment mereka.

Tapi instead of record dan publish video kat Youtube, aku plan nak tukar challenge tu jadi 7-Post Launchpad. Jadi mereka yang join cabaran tu, boleh jadi aspiring writer atau blogger atau sesapa yang join akan berada dalam 1 komuniti dan mereka akan publish 1 blog post setiap minggu. 1 blog post, 1 minggu selama 7 minggu. Dan semua post tersebut mereka akan publish di blog mereka sendiri.

Here's the interesting part, bila mereka berjaya selesaikan cabaran tersebut (7 blog post, selama 7 minggu) , mereka dapat full refund yuran komitmen yang mereka bayar.

Environment dictate action.

7-Post Launchpad ni bukan untuk bina habit of writing & publishing korang saja, tetapi paling penting adalah korang berada dalam komuniti yang ada purpose yang sama. Tulis dan publish online. Kalau sebelum ni korang pernah tulis dan publish tapi tak konsisten.. hanya tunggu motivasi atau idea datang. Tapi sekarang korang ada komuniti untuk keep you accountable. 1 minggu 1 blog post.

Honestly, aku tak pasti campaign ni akan mendapat sambutan atau tidak. Aku mungkin berjaya launch campaign ni atau ianya akan fail terribly. Tapi aku rasa nak give a try. At least kalau campaign ni kurang berjaya sekali pun, aku boleh belajar something dalam journey 1 tahun jana duit secara online ni.

So, ideanya adalah aku akan test dan validate this idea selama 1 bulan. Dan kalau idea ni ada demand, ramai yang sign-up, aku akan launch and run the campaign.

Here's the summary plan yang ChatGPT buatkan.

Actually proses untuk aku validate & test this idea dah pun start. Minggu ni adalah 1st week. Korang boleh baca blog post tu kat sini. Aku pernah try method validation ni beberapa kali so far ada sambutan... tapi ni kali pertama aku combo guna blog + sosial media. Tapi tiap aku try, aku rasa takut.

Aku takut kecewa bila tak ada orang yang sign-up. But i guess rasa tu normal la kan.

Tapi kali ni aku lagi takut sebab i'm not profilic writer yet. Proof atau hasil yang aku ada ialah beberapa tahun publishing secara online (video, short & form form writing), 5-6 tahun journaling dengan Roam dan terbaru ada 11 blog post yang orang boleh baca dalam blog ni.

Apa pendapat korang dengan idea 7-Post Launchpad ni? Korang sendiri rasa resonate tak dengan idea ni? Korang nak tak kalau ada komuniti menulis online yang korang boleh belajar sama-sama? Kalau korang berminat boleh join waiting list kat bawah.

(atau reply email ni kalau korang dapat post ni dari newsletter)


Earnings Week 2

Alright, jom tengok stats projek jana duit online minggu ni. Nothing much.

Minggu ni aku ambik masa untuk craft threads since ianya masih terbukti boleh increase the number of followers.

Tapi still, masih lagi no income coming yet. Sebab tu aku jumpstart dengan idea 7-Post Launchpad ni. Let's see how it goes. Macam dalam satu episode Diary of CEO bersama Daniel Prestley, dia cakap kepada side-hustler atau orang yang masih mencari right business model, don't built business yet, tapi buat a series of campaign. Dalam 1 tahun buat beberapa campaign untuk test dan validate the idea. Dan campaign tu ada open and close period.

Macam contoh, untuk satu-satu campaign run for 2-3 bulan. Lepas tu tutup campaign tersebut dan tengok result dan review hasilnya. Buat untuk 1 tahun, dan tengok campaign mana yang hasilkan result yang bagus, then kau boleh double down untuk tahun seterusnya. Aku suka this idea sebab kau jadi macam tak stuck dengan idea saja, dan kau boleh test idea campaign tu menjadi atau tak. Kalau jadi teruskan, kalau tak jadi then keep searching your north star.

So, aku rasa tu saja yang aku ada dalam newsletter kali ni. Kita jumpa lagi Jumaat depan. Selamat berhujung minggu!

xoxo
Amer

p/s: Kalau korang suka tulisan macam ni, korang mesti akan suka dengan tulisan saya yang lain jugak. Setiap Rabu petang saya akan publish new blog post pasal business, personal finance & writing. Setiap Jumaat pagi pulak, saya akan hantar 1 newsletter beserta post baru daripada blog ini serta my personal insight and lessons. Boleh subscribe kat bawah supaya tak terlepas.