4 SEBAB KENAPA ASB MASIH MENJADI PILIHAN

Kalau orang tanya saya, saya masih lagi menyimpan sebahagian besar simpanan atau portfolio kewangan saya dalam ASB atas beberapa faktor. Dan setelah hampir 5 tahun berkecimpung dalam bidang pengurusan kewangan peribadi, saya masih YAKIN bahawa ASB masih lagi merupakan salah satu instrumen kewangan yang terbaik.

Sebelum saya terangkan sebab-sebab tersebut, saya ingin menggariskan prinsip asas unit amanah yang dimiliki oleh PNB ini berbanding dengan unit amanah yang lain. Amanah Saham Bumiputera 1 (ASB 1) merupakan satu-satunya unit amanah yang mempunyai harga tetap atau fixed price di Malaysia. Ianya bermaksud nilai atau harga unit yang kita beli tak akan mengalami kesusutan atau penurunan nilai. Apabila kita melaburkan wang sebanyak RM1,000 di ASB 1, duit tersebut akan sentiasa bernilai RM1,000 (tidak termasuk dividen tahunan) walau apa pun terjadi.

Berbeza dengan unit amanah yang lain, hampir kesemuanya mempunyai harga yang tidak tetap atau fluctuate. Maksudnya harga atau nilai unit tersebut boleh naik dan turun bergantung kepada keadaan ekonomi semasa-keadaan ekonomi dan politik semasa akan mempengaruhi pasaran saham termasuklah unit amanah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dividen ASB yang diumumkan setiap tahun tidak setinggi dahulu. Semakin lama dilihat semakin berkurang setiap tahun. Awal tahun ini, dividen ASB yang diumumkan bagi tahun 2019, merupakan dividen yang paling rendah pernah tercatat dalam sejarah ASB selama 30 tahun. Iaitu sebanyak 5.5 sen seunit pada purata 9.91 sen seunit dari tahun 1990 hingga tahun 2019.

SEJARAH DIVIDEN ASB

ASB Dividen: 5.50 Sen/Unit. Masih Berbaloi ke Untuk Buat Pelaburan?
Sumber gambar: Loan Street

Walaupun begitu, ianya tidaklah seteruk yang kita sangka. In fact, perkara tersebut adalah sesuatu yang sudah boleh dijangkakan apabila kita melihat pada faktor ekonomi dan juga politik yang kurang memberangsankan pada tahun tersebut.

Sebab-Sebab Saya Masih Memilih ASB

Ini adalah 4 sebab kenapa ASB masih merupakan instrumen yang terbaik:

  1. ASB merupakan instrumen yang mempunyai risiko yang sangat rendah tetapi masih lagi mampu memberikan pulangan yang bagus dan kompetitif. Ini berbeza dengan paten risko dan pulangan atau “risk and reward” yang kita biasa lihat. Biasanya paten yang kita akan lihat adalah pulangan akan berkadar terus dengan risiko. Lagi tinggi risiko sesuatu pelaburan, lagi tinggi kadar pulangan yang diperolehi dan begitulah sebaliknya.

    Untuk intrumen kewangan yang mempunyai risiko yang rendah seperti simpanan tetap “fixed deposit“, pulangan yang diberikan adalah sangat rendah iaitu sekitar 1-3% setahun.

    Sementara untuk instrumen yang mempunyai risiko yang tinggi pula seperti saham (atau cryptocurrency), pulangannya boleh jadi sangat tinggi. Namun, kita akan berdepan dengan risiko kerugian yang sangat tinggi. Kita boleh lihat pasaran untuk kedua-dua instrumen berkenaan seperti roller coaster untuk 3-5 tahun lepas dan sebagai perbandingan, ASB tidak pernah gagal memberikan dividen kepada pelabur ataupun pendeposit mereka sejak tempoh penubuhannya 30 tahun lepas.
  2. Faktor kedua adalah dari segi kecairan atau liquidity sesuatu asset. Wang pelaburan yang dilaburkan dalam ASB boleh dikeluarkan dalam tempoh kurang daripada 24 jam tanpa ada apa-apa sekatan atau panelti yang dikenakan. Pelabur atau pendeposit tidak perlu melalui tempoh bertenang atau cooling period seperti saham atau unit amanah yang lain.

    Dan untuk sesetengah unit amanah pula, pelabur perlu membayar prosessing fee sebelum proses penjualan atau redemption tersebut berlaku. Sementara bagi simpanan tetap pula, kalau wang tersebut dikeluarkan lebih awal daripada yang tempoh sepatutnya, pendeposit perlu membayar panelti kepada pihak bank, and paling teruk adalah kemungkinan dividen atau coupon akan dibatalkan.
  3. ASB mempunyai dwi-fungsi yang boleh dimanfaat. Apabila kita melihat ASB sebagai instrumen kewangan yang rendah risiko, tetapi memberikan pulangan yang bagus, serta mempunyai kecairan yang tinggi, kita boleh menjadikan ASB sebagai tempat pelaburan dan juga tempat simpanan wang seperti akaun simpanan yang kita biasa guna.

    Personally, saya sendiri memilih ASB sebagai tempat untuk menyimpan duit kecemasan atau emergency fund di saat-saat yang diperlukan. Saya tidak mahu ada sekatan atau syarat untuk mengeluarkan wang tersebut apabila saya memerlukannya. Katakan dalam tahun tersebut saya tidak mempunyai apa-apa masalah atau keperluan untuk mengeluarkan wang tersebut, saya masih boleh mendapat dividen ASB penuh.
  4. Kalau di luar negara, mereka mempunyai dana mereka sendiri yang hanya dikhaskan untuk rakyat mereka sahaja melabur dalam dana tersebut. Atau disebut sebagai “sovereign fund”. Selain memberikan kadar pulangan yang bagus, dana ini biasanya well-diversified merentasi pelbagai sektor dan negara serta mempunyai objektif jangka masa panjang yang strategik. Kalau di Malaysia, dana yang dimaksudkan daripada Khazanah Nasional Berhad.

    Sama seperti dana Khazanah Nasional Berhad, ASB merupakan satu-satunya dana unit amanah di Malaysia yang dikhaskan untuk golongan Melayu dan bumiputera Sabah & Sarawak. Ianya bertujuan untuk memberikan manfaat yang sepatutnya kepada golongan-golongan berkenaan. Sangat rugi kalau tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengan produk ASB, boleh layari laman web ASB atau di halaman serlahan produk ASB.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: