03: publish your work online

Kita berada dalam era yang tidak pernah dikecapi oleh datuk nenek moyang kita dahulu. Era di mana kita boleh menghantar wang kepada orang yang kita tak kenal di hujung dunia kurang 10 saat. Kita boleh berhubung secara maya dengan orang yang berada jauh beribu-ribu kilometer daripada tempat kita berada. Kita boleh tahu keadaan atau berita sesuatu tempat yang berada di tengah-tengah lautan dunia dengan hanya satu klik.

Ini telah membuka ruang dan peluang untuk kita berurusan dengan sesiapa tanpa sempadan. Lagi-lagi sewaktu pandemik Covid-19 kita boleh mula explore bekerja secara atas talian atau remote. Perlahan-lahan kita sedar bahawa untuk bekerja atau membuat duit kita sebenarnya tidak terbatas kepada masa, tempat dan juga kerja keras.

Kita sebenarnya tak perlu tukar masa selama 8 jam bekerja untuk wang bernilai 8 jam. Kita boleh dapatkan peluang kerja yang sama tanpa perlu berada di lokasi yang spesifik. Kita tak perlu untuk kerja keras, tetapi kita perlu work smart.

Ini adalah leverage of the internet. Ini adalah kekuatan yang nenek moyang kita tak pernah rasai atau mungkin terfikir bahawa ianya akan wujud. Kita yang berada di era ini sangatlah rugi kalau kita tak sedar dan juga memanfaatkan kelebihan ini.

Kalau dulu untuk menghantar sepucuk surat, ianya mengambil masa berminggu untuk surat tersebut sampai, tetapi hari ini apa jua idea, tulisan, video dan audio yang anda terbitkan di internet ianya boleh tersebar kepada ratusan malahan ribuan orang di dunia.

Jadi, kalau anda mahukan idea dan juga tulisan anda didengari, terbitkannya di internet. Kalau anda ada kepakaran atau skil yang bernilai, yang boleh dijual atau orang sanggup membayar untuk mendapatkannya, terbitkannya di internet. In fact, kalau anda ingin membuat crowdfunding idea perniagaan atau bisnes anda, sebarnyanya di internet.

Anda tidak akan tahu, siapa yang bakal membaca atau melihatnya. Daripada situ anda boleh tingkatkan moment of seredipity anda sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: