MEDLEY JUMAAT 06

Hi, Assalamualaikum semua. Sekarang saya sedang menulis di ruangan co-working. Dan bulan ini sudah termasuk bulan ke-2 saya menyewa ruangan kerja di sini. Personally, saya rasa ini adalah antara investment yang bagus dalam membangunkan perniagaan saya sendiri. Selain daripada selesa, ruangan co-working ini menjadi tempat untuk saya bertukar-tukar idea bisnes dengan founder start-up yang lain. Price-wise, saya rasanya ianya sangat convenient dan berbaloi. Jangan takut untuk melakukan pelaburan especially dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan kita sendiri. Self-reminder kepada diri saya sendiri.

Updates Minggu Ini:

Minggu ini saya release podcast terbaru bersama Faheem Ahmad, pengasas kepada sebuah syarikat import eksport di China, yang telah menetap di Guangzhao selama hampir 12 tahun. Honestly, saya sangat enjoy dengan recording ini. Bukan sahaja banyak idea perniagaan yang kita boleh dengar, tetapi ianya datang daripada real-experience seorang usahawan yang telah menjalankan perniagaan diluar dari Malaysia. Selain itu, Faheem ada beritahu “rahsia” bagaimana China boleh menjadi kuasa dunia dalam industri e-commerce. Feel free to check it out.

Looking Ahead for Next Week:

Minggu depan saya akan rekod podcast dengan dua orang individu yang saya sangat respect dan banyak memberikan inspirasi kepada saya dalam bidang pemasaran dan juga content creation, iaitu Azlan Huzeifa dan Suraya Zainuddin. Azlan merupakan pengasas kepada salah sebuah agensi pemasaran untuk usahawan online, Huzeifa Studio, yang popular dengan buku pemasaranya yang bertajuk “Instagram Marketing Calender” yang diberikan secara percuma kepada sesiapa yang nak meneroka pemasaran menggunakan Instagram.

Kalau anda seorang yang berminat dalam personal finance, sudah pasti anda tidak asing lagi dengan nama Suraya, pengasas kepada blog kewangan terkenal di Malaysia iaitu Ringgit Oh Ringgit. Kami akan bercakap tentang bagaimana sebuah hustle gig yang beliau usahakan menjadikan Suraya seorang key opinion leader dalam bidang personal finance di Malaysia. Dan Suraya akan kongsikan tentang buku sekuel terbarunya bertajuk “Money Stories From Malaysia Vol. 2“.


Dunia Produktiviti

🏋🏻‍♂️James Clear ada menulis berkenaan dengan “How to Make Your Future Habits Easy” yang membincangkan tentang idea “Resetting the Room” untuk orang yang “malas”. Idea tersebut adalah tentang kita reset atau susun semula ruangan yang kita telah gunakan untuk memudahkan kegunaan akan datang. Ianya kelihatan seperti perlawangan dengan intuitif. Tetapi logik disebalik idea…

Whenever you organize a space for its intended purpose, you are priming it to make the next action easy.

James Clear

Jadi, apabila kita nak set sesuatu habit yang baru, ianya lebih mudah sebab kita sudah sediakan ruangan yang sedia untuk mulakan apa jua aktiviti/habit yang kita nak mula.


Dunia Content Creation

♟Kebanyakkan orang takut untuk mula menulis secara online adalah kerana rasa kita tiada idea yang original untuk kita tulis. Oleh itu, kita rasa kita tak layak untuk menulis secara online. Sebenarnya tidak.. Idea is assembly not written.

David Perell ada menulis berkenaan dengan [[The Soulja Boy Strategy]] yang menggariskan bahawa cara terbaik untuk bermula adalah melalui kurasi (curation).

Malahan idea Medley Jumaat ini adalah salah satu usaha saya untuk membina kurasi saya sendiri dengan niat untuk berkongsi dan berharap akan kurasi ini akan menemukan orang-orang yang sama pemikiran/interest dengan saya.

📝Minggu lepas, Ali Abdaal telah merakam deep dive bersama David Perell. To tell the truth, kedua-dua konten kreator ini adalah my favorite of all time. Topiknya adalah tentang pembacaan, penulisan, pembelajaran Reading, Writing and Learning.

Kalau anda masih lagi ragu-ragu untuk mula menulis secara online, please dive into this video. Highly recommended. Gold nuggets are everywhere. Dan for sure it will be worth your time.

Saya nak petik summary daripada 2 isu iaitu tentang nilai menulis dan juga idea original.

On The Value of Writing

“What comes out of your brain when you start writing is what comes out of your mouth when you are talking. It is only through writing that you begin to think differently and improve your thinking. What is underestimated is the modularity value that writing adds – what writing has done is not to critique ideas but critique specific elements of ideas. Only writing can enable that degree of precision as a medium”

On Original Ideas

“Trying to come up with original ideas can be a fools errand. Many of the best teachers have no original ideas and can still be amazing. How many of your teachers from school had written books? Probably none and yet they communicated and taught ideas that changed lives”.


Dunia Perniagaan

💎The Lifestyle Business Manifesto. Ini adalah antara artikel tentang perniagaan dan personal reflection terbaik yang pernah saya baca. Ianya bukan sahaja jujur dan bold tetapi ia penuh dengan pengajaran yang boleh kita apply untuk diri sendiri. Membina lifestyle business adalah satu benda yang saya nak cakap, ianya bukan saya cool tetapi ia juga membuatkan saya untuk kita melihat retirement sebagai satu tujuan akhir sewaktu membina perniagaan kerana lifestyle business adalah so-called membina perniagaan daripada minat atau passion kita sendiri. Tetapi selepas membaca artikel ini ianya membuatkan saya berfikir atau reflect semula tengan apa yang saya fikirkan.

Artikel ini mengandungi setiap keputusan yang Matt buat dan terpaksa buat pada tahun ini. Berdepan dengan pandemik, keputusan untuk membeli rumah dan juga pemotongan kadar affiliate daripada Amazon menyebabkan tahun 2020 ini telah hampir memusnahkan apa yang telah dia bina. Kalau anda dalam situasi yang hampir sama seperti Matt, artikel ini adalah untuk anda. Highly recommender! Baca lebih detail kisah Matt Giovanisci “The Lifestyle Business Manifesto“.


Nota Akhir

Kalau anda enjoy dengan Medley Jumaat ini, anda boleh subscribe dan share kepada kawan anda. Saya akan cuba untuk publish email yang terbaik kepada anda setiap minggu. I hope you’re enjoying it.

Anda boleh reach saya di Twitter, di mana saya spend most my time there. Dan kalau anda ada sebarang artikel atau benda yang menarik untuk saya baca, please do so. I love finding new things to read from you. 

Selamat berhujung minggu,
Ameruddin Ibrahim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: