02: Better “Bersamamu”

Dalam Medley Jumaat yang saya tulis minggu lepas, saya ada kongsikan tentang artikel bagaimana sebuah crowdfunding melalui internet berjaya mengumpul hampir $2.7 juta USD (up-to-date) dalam tempoh 2 minggu. Itu adalah antara suatu pencapaian yang besar oleh sebuah crowdfunding yang pernah dilancarkan.

Dan dua hari lepas, saya melihat rancangan yang dahulunya terkenal. Sebuah rancangan televisyen realiti yang disiarkan oleh TV3 iaitu “Bersamamu”. Kalau dahulu rancangan ini merupakan rancangan yang wajib ditonton selepas berita jam 8 malam. Tetapi feeling apabila melihat rancangan ini sudah tidak lagi seperti dulu. Impaknya sudah tidak “wow” seperti dulu. Ada kemungkinan disebabkan oleh jumlah orang ramai yang menonton rancangan di media masa semakin berkurangan kerana ianya sosial media dan youtube.

But an impactful message should across all different platforms, right?

Selepas itu, saya cuba mencari sebarang laporan kewangan rancangan “Bersamamu” ini di internet, tetapi saya tak jumpa. Tujuannya adalah untuk melihat sebarang perubahan kewangan atau jumlah kutipan derma daripada crowdfunding yang mereka buat setiap tahun sejak tahun 2005. Apakah ada peningkatan atau sebarang penurunan.

Daripada penelitian, saya boleh gariskan dua sebab kenapa feeling melihat rancangan “Bersamamu” ini sudak tidak se “wow” seperti dahulu.

Pertama adalah kita sudah semakin normalized dengan cerita-cerita kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh rakyat Malaysia. Hampir setiap hari ada sahaja cerita yang boleh kita dengar atau baca di facebook atau sosial media yang lain. Macam kita selalu makan makanan yang pedas, lama-lama rasa pedas tersebut akan jadi biasa.

Kedua adalah rancangan televisyen realiti ini disiarkan dan diarahkan oleh sebuah syarikat besar yang mempunyai kepentingan yang jelas—iaitu model perniagaan yang berasakan jumlah tontonan dan juga penyiaran bagi menjana keuntungan.

Berbeza dengan cerita yang betul-betul raw yang dibawa oleh Brandon ini sangat jarang untuk kita dengar dan lihat. Cerita tersebut unik dan mempunyai kekuatannya yang terdiri. Dan seterusnya adalah cerita itu dibawa oleh seorang individu kepada individu yang lain bukannya orang ramai (atau syarikat) kepada individu. Bagi saya untuk menjayakan sesuatu crowdfunding, kedua-dua elemen tadi sangat penting.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: