Medley Jumaat 04

Hi semua.

Saya harap semua okay dan lebih berjaga diri. Sebab sekarang gelombang kedua Covid-19 di Malaysia seperti akan muncul kembali. Hopefully not. We can’t expect another hit kalau tak segala usaha semua orang akan kembali menjadi kosong. 

Personally, saya tidak terkesan sangat dengan pandemik ini sebabnya saya masih boleh melakukan consultation bersama clients sama ada di rumah client ataupun secara onlinePlus, saya masih ada passive income daripada business yang saya buat. Tetapi, saya lebih risaukan kerja isteri saya sebab SME sekarang boleh buat retrenchment kalau mereka perlu. We’re hoping the best for Malaysia right now. 

Bulan lepas saya launch my podcast, sebagai salah satu mini projek. Alhamdulillah sekarang ianya mengandungi 4 episod. Personally, saya belum specify topik atau niche yang saya akan letak untuk projek ini. Setakat ini topiknya adalah random, ada berkenaan dengan careerpersonal financebusiness & psychologyKalau anda berminat untuk tahu episod terbaru boleh follow podcast di Spotify.


Dunia Kewangan

💵 Saya ada baca artikel daripada Nick Maggiulli berkenaan dengan “How Much Lifestyle Creep is Okay?”. Lifestyle creep bermaksud apabila seseorang akan menaikkan perbelanjaan (spending) mereka apabila ada kenaikkan gaji.

Artikel ini menunjukkan bahawa untuk orang yang sudah mempunyai kadar simpanan yang tinggi (50% dan ke atas), anda perlu naikkan kadar simpanan tersebut. The best option adalah 50% daripada kenaikkan tersebut. Kalau tidak, anda akan bersara lebih lambat daripada jangkaan anda dan lagi lambat berbanding dengan orang yang menyimpan pada kadar yang lebih rendah. 

..the lower your initial saving rate, the more your lifestyle can creep without affecting your current retirement plan.

Kalau anda merancang untuk bersara awal atau join komuniti FIRE (Financial Independence, Retire Early), artikel ini anda kena baca.


Dunia Just for Fun

🚗 Ini adalah gambar asal maskot Michelin Man, ikon untuk brand Michelin Tyre (iaitu pada awal tahun 1900). Daripada gambar ini, kita boleh tengok yang ianya tidak banyak berubah daripada maskot yang sekarang. This is so hilarious! 


Dunia Programming

🧑🏻‍💻 Minggu ini saya dapat ilham untuk belajar pasal programming, ini adalah salah satu ikhtiar untuk saya dapatkan skill baru dalam bidang tech entrepreneur. Saya terjumpa video youtube berkenaan dengan penerangan asas kepada sesiapa yang ingin belajar pasal web developmentThis is an excellent summary. Kalau kita tengok di negara maju seperti US, subjek programming dan juga coding ini sudah menjadi subjek wajib walaupun untuk pelajar sekolah rendah. Sebab itu, industri tech dan juga startup di sana meletup-letup.

🐤 Dan saya terjumpa thread di Twitter berkenaan dengan senarai programming language dan juga so called hieraki language yang paling senang hingga yang paling susah untuk belajar, i guess. Jadi sekarang saya mula dengan HTML. Wish me good luck! Saya rancang untuk publish perkembangan pembelajaran web development saya di sini, sebagai salah satu iteration process of self-learning dalam programming.

Kalau ada yang nak mula belajar pasal programming anda boleh register course di Udemy atau freeCodeCamp secara percuma.


Dunia Manusia

🧍🏽Brandon Staton, pengasas kepada blog popular, Human of New York (HONY), telah melancarkan satu kempan kutipan dana untuk diberikan kepada salah seorang penari burlesque pada era 70an.

Ianya bermula apabila Brandon menulis cerita tentang penari tersebut di facebook page (HONY). Dia kemudianya mendapati bahawa bekas penari tersebut telah terjatuh dan terlantar di lantai rumahnya selama 72 jam tanpa sebarang air dan juga makanan, sebelum pihak EMT menerjah ke rumah tersebut dan membawanya ke hospital.

Sehingga ke hari ini (30 Sept), jumlah kutipan dana tersebut bernilai $2,552,380 USD setelah dua minggu dana ini dilancarkan dan hampir 120 ribu penderma. Ini membuktikan bahawa komuniti internet sangat powerful.

“I want to provide her with enough resources so that it’s her decision, and not a decision forced upon her. But I’m not viewing this as charity. Stephanie brings a priceless resource to the table—her story. We’re just going to tell that story using a new model. Instead of selling advertising, or selling it to a publisher, we’re asking for voluntary contributions from anyone who’s gotten value from Stephanie’s narrative.” 

🕴🏼Dalam era sekarang, di mana hampir semua ilmu atau knowledge boleh dipelajari secara online, kita rasa ianya tidak perlu untuk ada coach atau mentor. Lagi pun, bayaran atau upah yang diperlukan untuk hire mereka ini tidaklah murah. Sometimes,ianya boleh mencecah puluh ribu kalau coach tersebut adalah betul-betul berkualiti. Tetapi sebenarnya, walaupun zaman internet di hujung jari, kita masih perlukan mentor.

Dan mentor atau coach ini boleh jadi dalam bentuk informal atau mereka ini boleh dijumpai di mana-mana. Cumanya kita perlu ada courage untuk DM atau cold email mereka, dan kalau anda bertuah, mereka sanggup untuk menjadi mentor kita dengan bayaran yang minimal atau free!. And course..

You still need to put in the time and the hard work. You still need to make the tough decisions and take the risks. You still need to get a lucky break. However, when you find the right fit, they can be a real multiplier and change the trajectory of your life and career.


Nota Akhir

Kalau anda enjoy dengan Medley Jumaat ini, anda boleh subscribe dan share kepada kawan anda. Saya akan cuba untuk publish email yang terbaik kepada anda setiap minggu. I hope you’re enjoying it.

Anda boleh reach saya di Twitter, di mana saya spend most my time there. Dan kalau anda ada sebarang artikel atau benda yang menarik untuk saya baca, please do so. I love finding new things to read from you. 

Selamat berhujung minggu,
Ameruddin Ibrahim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: