Kenapa Anda Patut Jual Emas Sekarang Walaupun Harganya Tengah Naik?

Bila kali terakhir anda dan keluarga membeli atau menjual emas? Saya rasa tidak lama sebelum ini—beberapa hari atau beberapa minggu atau mungkin beberapa bulan selepas krisis pandemik Covid-19 menular ke seluruh dunia. Kenapa saya berkata sedemikian?

Beberapa bulan lepas, kita menyaksikan kenaikkan harga emas yang bagai nak gila. Ianya bermula sewaktu krisis pandemik Covid-19 pada bulan Mac 2020. Pada ketika itu harga emas dilihat menjunam sama seperti pasaran saham dan selepas itu harganya mula naik mendadak. Pada 4 Ogos baru-baru ini, buat kali pertamanya harga emas telah mencapai paras tertinggi dalam sejarah dunia, iaitu mencecah $2,000 USD per auns. Namun, tidak lama selepas itu ianya jatuh semula ke paras bawah $2,000 USD per auns dan sekarang ianya berlegar sekitar kurang lebih $1,900 USD per auns.

Keadaan seperti ‘roller-coaster’ ini membolehkan orang ramai mengaut keuntungan dalam tempoh yang singkat (sekitar 5 bulan) dan ianya disebut sebagai “modern-day gold rush”. Tetapi keadaan ini membawa persoalan taboo tentang emas. Persoalannya adalah, adakah emas merupakan aset yang masih lagi selamat untuk dimiliki?

Bahagian 1: Itik yang Tak Bertelur

Sumber: Unsplash

Sejak dulu lagi, harga emas adalah sesuatu yang misteri dan sentiasa diluar jangkaan. Ianya berubah-ubah tanpa sebab yang dasar atau sesuatu yang ‘fundamental’; tiada hubungkait yang jelas antara pergerakkan harga emas dengan faktor makroekonomi seperti kadar kaedah bank negara dan juga pasaran saham.

Berbeza dengan aset seperti saham, ianya banyak bergantung pada pasaran saham dan keadaan ekonomi semasa. Kedua-dua ini mempunyai hubung kait yang rapat—apabila ekonomi berada dalam keadaan yang bagus, aliran tunai dalam negara juga akan meningkat dan seterusnya memacu pasaran saham ke paras yang lebih tinggi. Sementara apabila dunia atau negara sedang mengalami krisis ekonomi—seperti sekarang—biasanya aliran dalam dan luar negara akan berkurang, dan pasaran saham akan mula lemah dan menjunam—(Yes, i know current situation doesn’t potrayed the real situation; KLCI and S&P 500 are hitting new high everyday)

Hubung kait ini sangat penting bagi membantu para pelabur membuat keputusan dalam aliran tunai mereka. Ketiadaan hubung kait yang jelas antara emas dengan faktor makroekonomi ini telah menjadikan emas sebagai kelas aset yang berisiko jika dibandingkan dengan aset kelas yang lain.

Sumber: goldprice.org

Jika anda seorang individu yang mempunyai selera yang kurang agresif dalam pelaburan, emas adalah sesuatu aset kelas yang patut anda jauhi. Ini kerana menjadi seorang pelabur emas mendedahkan anda dengan kadar ‘volatility’ yang tinggi. Kalau anda lihat dalam carta di atas iaitu, specifically, pada tahun 1980 sehingga sekitar 2007 (selama hampir 30 tahun), harga emas adalah sama. Ianya mengalami kejatuhan dan kenaikkan pada waktu tersebut, tetapi akhirnya seperti yang anda lihat, harganya tidak banyak berubah. Cuba anda bayangkan pelaburan selama hampir 30 tahun (to be exact 27 years), nilai pelaburan anda hanyalah sekadar “pulang modal”.

Seperti aset kelas yang lain, emas juga mempunyai fasa “bullish” iaitu pada sekitar tahun 2005 sehingga 2010. Tetapi sekiranya anda belum bersedia untuk menerima fakta yang pertama tadi—kemungkinan pelaburan selama 30 tahun tidak memberikan sebarang pulangan—lebih baik anda mencari aset kelas atau instrumen pelaburan yang lebih sesuai dengan anda. Jika ya anda belum bersedia, saya fikir perkara yang terbaik untuk dilakukan sebelum memulakan “pelayaran emas” anda, pastikan anda mempunyai tabung simpanan kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan (atau 12 bulan) gaji. Anda tidak mahu mempertaruhkan periuk nasi dan makan minum keluarga anda, terutamanya sewaktu krisis ekonomi seperti sekarang, dengan aset yang berkemungkinan bakal mengalami kesusutan nilai.

(Gold) Prices can move at a moment’s notice without (any) fundamental reasons. More volatility means more risk, and that means gold isn’t the haven necessarily that some people think it is.

Amrith Rumkumar, WSJ Market Reporter

Jika dibandingkan dengan aset kelas ‘evergreen’ yang lain—seperti saham dan hartanah yang mempunyai dividen atau/dan aliran tunai—emas dilihat sebagai pelaburan yang tidak berbaloi untuk dimiliki untuk jangka masa panjang. Emas hanyalah berkembang dari segi kenaikkan modal atau ‘capital appreciation’ semata-mata. Ini menyebabkan emas jauh ketinggalan dari segi pulang pelaburan apabila digandingkan dengan kesemua aset kelas pelaburan yang lain.

Selain itu, apabila dilihat dengan risiko dan pulangan aset kelas ini, ianya telah memecahkan paten atau trend “high risk, high return”. Dengan volatiliti yang agak agresif ini, sepatutnya sesuatu aset kelas dalam pelaburan mampu memberikan pulangan yang bagus. Kita boleh lihat dalam aset kelas saham sebagai contoh, anda boleh mengaut keuntungan sehingga 100%—tidak termasuk dividen—atau lebih dalam tempoh masa yang singkat. Emas pula? Ianya sangat susah (atau hampir mustahil) untuk dilaksanakan.

Bahagian 2: Emas Sebagai Komoditi

Sumber: Unsplash

Seperti komoditi yang lain, emas juga didagang berdasarkan hukum ‘supply and demand’ atau bekalan dan permintaan; apabila sesuatu bekalan komoditi tersebut berkurang, maka harga komoditi tersebut akan meningkat dan begitlah sebaliknya. Sebab itu apabila berlaku sesuatu krisis atau perubahan besar terhadap bekalan komoditi, ianya akan memberikan kesan terus pada harga komoditi berkenaan.

Tahun ini dunia telah dikejutkan dengan pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan harga hampir kesemua komiditi terkesan dan ianya dijangka berlanjutan sepanjang tahun 2020 dan suku ke-2 2021. Komoditi migas (minyak dan gas) dan logam merupakan antara komoditi yang terkesan teruk dengan penutupan sempadan negara dan kelembapan ekonomi dunia yang telah dijangka ini. Komoditi emas tidak terkecuali daripada terkesan dengan krisis pandemik ini.

Seperti mana komoditi logam yang lain, harga emas terikat dengan aset fizikalnya. Pasaran emas fizikal melibatkan perlombongan, penapisan, penghantaran dan penjualan.

Perlombongan emas berlaku di seluruh dunia kecuali di kawasan antartika. Antara negara utama yang memproses emas dunia adalah China, Rusia dan Australia. Hasil daripadanya adalah hampir 2500-3000 tan pertambahan setiap tahun. Emas kemudianya dileburkan dan ditapis sebelum ianya ditukar menjadi bentuk bar, syiling, barang kemas dan sebagainya. Emas kemudianya dieksport ke serata dunia melalui kapal kargo ataupun pesawat komersial. Sebahagianya besarnya di hantar ke ibu Kota London dan kini ibu Kota London menyimpan hampir 400K bar emas yang bernilai $260 billion.

Penjualan emas melibatkan beberapa pihak seperti pengeluar, pelombong, ‘financial intermediries’ seperti bank, dan pengguna akhir seperti pelabur emas dan pemakainya

Disebabkan oleh krisis pandemik Covid-19, banyak negara yang telah menutup pintu perdagangan antarabangsa mereka serta banyak pesawat komersial dan juga kapal kargo tidak dapat beroperasi secara penuh. Ini menyebabkan pergerakkan komoditi emas tersekat atau lumpuh. Oleh sebab itu, harga emas menjadi semakin meningkat dan tidak stabil.

Bahagian 3: Alternatif Selain Emas

Sumber: Unsplash

Jadi apa pilihan alternatif yang kita ada selain daripada emas? Apakah aset kelas yang mempunyai harga yang agak stabil, ‘predictable’ dan mampu memberikan pulangan yang tinggi? Ataupun aset kelas manakah yang fleksible untuk kita cairkan di saat kita memerlukan ‘instant cash’?

Sebagaimana yang kita tahu tadi, emas sebenarnya tidak sesuai untuk disimpan untuk jangka masa yang panjang. Bukan untuk 10 atau 30 tahun. Jika anda ingin menyimpannya dalam tempoh masa tersebut, lebih baik laburkan wang tunai anda dalam pasaran saham. Ataupun dengan membeli hartanah yang bagus, yang bukan sahaja nilainya sentiasa meningkat ‘over time’, tetapi juga mampu memberikan aliran tunai semasa yang bagus dan berterusan.

Alternatif yang terbaik selain membeli atau menyimpan emas adalah bon/sukuk. Ianya adalah aset kelas yang berisiko rendah jika dibandingan dengan saham dan mampu memberikan pulangan yang stabil dan konsisten.

Bon atau sukuk merupakan ikatan atau perjanjian yang diberikan kepada pelabur bahawa ianya akan membayar pulangan yang tertentu dalam tempoh yang tertentu. Tempoh masa yang biasanya dilihat adalah boleh jadi 5 hingga 30 tahun. Bergantung kepada jenis-jenis bon. Tetapi bon yang kita selalu dengar dalam berita dan dada-dada akhbar adalah bon korporat. Ianya adalah bon yang melibatkan jutaan atau ratusan ribu ringgit, yang biasanya tidak dibuka atau didagangkan kepada pasaran primer seperti pelabur runcit. Ianya terbuka kepada pasaran sekunder seperti bank, syarikat-syarikat besar ataupun melalui dealer-dealer bank.

Disebabkan harga bon yang terlampau mahal untuk pelabur-pelabur runcit, mereka lebih suka memilih ‘fixed deposit’ atau simpanan tetap, ataupun membiarkan wang tunai mereka di dalam akaun simpanan. Kelemahan ‘fixed deposit’ adalah ianya berhubungkait terus dengan kadar faedah yang diumumkan oleh bank negara. Sekiranya kadar faedah yang diumumkan oleh bank negara adalah rendah, seperti tahun ini, maka pulangan daripada ‘fixed deposit’ juga akan terjejas. Tahun ini bank negara Malaysia telah mengumumkan penurunan kadar faedah bank sebanyak tiga kali, ini menyebabkan kadar pulangan ‘fixed deposit’ menjadi sangat rendah. Sekitar 1-2% setahun.

Untuk yang pelabur runcit yang ingin membeli bon di Malaysia, ini antara pilihan yang anda ada:

Selamat melabur dan terima kasih kerana sudi membaca!

Kalau anda suka membaca post ini, sila subscribe blog ini dengan menekan butang follow di bawah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: