Cara Nathaniel Drew Berjaya Membina 1 Juta Subscribers di Youtube

Bahagian 1: Niche

Kebanyakkan kreator di Youtube sekarang, Amer lihat mereka akan menghasilkan konten dengan tema-tema yang hype atau terbukti memberikan hasil (jumlah tontonan yang banyak). Ini kerana penggunaan tema yang hype ini menjadi lebih mudah untuk mendapat perhatian dan jumlah sasaran penonton yang ramai. Contoh tema atau niche yang dimaksudkan adalah seperti tech, hiburan, reaksi dan juga video yang melibatkan duit. Sebab itu konten atau video yang mempunyai atau menggabungkan tema-tema ini akan mempunyai jumlah tontonan yang ramai, sehingga boleh mencecah ratus ribu hingga jutaan penonton.

Kita boleh lihat konten-konten yang dihasilkan oleh Mr Beast, atau di Malaysia kita boleh tengok channel Isa Isarb. Video-video yang mereka hasilkan pasti menggabungkan hiburan, reaksi dan juga melibatkan duit.

Contoh konten daripada Mr Beast dan Isa Isarb

Berlainan pula dengan Nathaniel Drew. Niche atau tema yang dia gunakan adalah rare. Dia tidak mengikut norma kebanyakkan kreator yang lain, sebaliknya dia membina niche yang tersendiri. Dan itu yang menjadikannya unik. Kreator mana yang mengetengahkan niche ‘self and mental exploration’ yang pernah anda jumpa? Jarang sekali bukan. Konten yang paling hampir yang Amer terfikir adalah channel Matt D’Avella.

Kalau Matt D’Avella mengetengahkan konsep minimalism sebagai niche utama dalam video-videonya, Nathaniel pula membawa tema “In Search for Mental Clarity”. Kedua-dua video mereka sangat unik dan berbeza. Namun ada satu masalah. Apabila bermula dengan sesuatu yang berbeza ini sebenarnya boleh jadi sesuatu yang menakutkan (dan juga boleh menjadi kekuatan). Kita melalui jalan yang jarang orang lalu, penuh semak samun. Kalau kita tersadung atau tersalah arah tiada siapa yang boleh memberikan pertolongan. Kita tak tahu apakah ada orang yang akan menonton atau melihat konten kita atau tidak—lagi-lagi kalau anda plan untuk menjadikan Youtube sebagai sumber pendapatan utama.

Di saat orang lain melihat “berbeza” sebagai satu kelemahan, Nathaniel Drew melihatnya sebagai satu kekuatan. Kekuatan untuk menembusi sasaran audience yang masih “dara”. Audience yang memang menanti-nantikan konten yang membawa niche seperti ini—‘self and mental exploration’. Ini mengingatkan Amer tentang konsep “smallest viable audience” yang selalu dicanang oleh Seth Godin. Tidak kira sepelik atau berbeza mana pun niche anda, di dalam internet pasti ada golongan yang akan suka atau minat dengan niche anda. Anda perlu terus hasilkan konten dan publish secara konsisten. Lama-lama, anda akan jumpa dengan “smallest viable audience” anda sendiri. Itulah yang Matt dan Nathaniel buat hinggalah mereka jumpa audience mereka dan hit 1 million subscribers (Matt hampir hit 3 million subscribers).

Source picture

Bahagian 2: Jujur

“In a time of universal deceit, telling the truth is a revolutionary act.”

George Orwell

Apa yang anda buat bila semua kreator di youtube “exaggerating” gaya hidup mereka?
Apa anda buat bila tiada lagi yang betul-betul asli atau yang jujur?
Apa anda buat bila kreator menaiki kereta mewah atau tinggal di penthouse yang besar (yang kemungkinan besar mereka hanyalah menyewanya saja)?
Apa anda buat bila tahu yang video-video yang mereka hasilkan hanyalah 100% pementasan semata-mata untuk konten mereka?
Apa anda buat bila semua orang seperti tiada masalah dan kehidupan yang mereka tunjuk adalah sempurna, sedang anda tahu ianya hanyalah versi yang mereka “polish” dan tidak benar?

Adakah anda buat perkara yang sama? Tidak. Anda jadi “berbeza”. Anda bercakap dan tunjukkan yang benar atau tepat.

Anda mengaku anda masih mencari, anda kongsikan kesilapan sepanjang perjalanan dan anda tunjukkan kelemahan anda sendiri. Tunjukkan bahawa anda adalah seperti orang lain. Ada kala keliru, ada kala buntu apabila berdepan dengan situasi yang tak pernah atau jarang dilalui. Anda tunjukkan “vulnerable side” sebagai seorang manusia. Ya, ianya adalah tindakan yang “tidak popular” sebagai seorang kreator. Tetapi itulah yang dia buat.

Nathaniel Drew menunjukkan proses dan perjalanan sebenar yang dia lalui dalam mencari “mental clarity”. Bila dia temui kegagalan atau kekecewaan dia berterus-terang dan dokumenkan dalam videonya. Kejujuran ini yang menjadikan penontonnya melihat video-videonya. Pengalaman dan perasaan sebenar yang sama dengan banyak orang.

Kita mesti pernah cuba sesuatu tips produktiviti atau tips kesihatan tetapi kita akhirnya gagal mendapat keputusan seperti yang ditunjukkan.

Soal tips tersebut sebenarnya tak betul atau kesilapan sebenarnya datang daripada anda sendiri bukanlah isunya untuk dibincangkan. Tetapi pengalaman dan perasaan yang sama apabila kita menemui kegagalan tersebut yang lebih seronok untuk kita dengar dan tengok. Dan juga apa yang kita discover daripada kegagalan tersebut. Itulah yang dikongsikan oleh Nathaniel Drew dalam video-videonya.

Berbanding dengan kreator-kreator Youtube yang hype biasa kita lihat, yang menggunakan tone suara tiruan yang tinggi dan gaya yang melampau-lampau bagi menunjukkan mereka sangat energetik, Nathaniel sebenarnya merupakan salah seorang kreator Youtube yang hanya menggunakan tone dan suara lembut. Dan dia dilihat sangat sukses dengan menjadi dirinya sendiri.

Walaupun ada sesetengah komen yang mengatakan bahawa Nathaniel Drew ini adalah seorang yang berhati tisu atau lembut atau cepat touching dan sebagainya—Itulah cabaran yang kena hadap apabila anda pilih untuk publish hasil kerja di internet—dia hiraukan dan hanya menjadi dirinya sendiri.

Bahagian 3: Konsisten dan Persistence

Mungkin ada orang akan cakap yang Nathaniel Drew ini adalah salah seorang kreator yang “Bertuah”. Bertuah kerana dapat kumpul 1 juta subscribers. Such a great milestone to have as a Youtuber! 1 juta ini angka yang sangat banyak.

Sedangkan ramai lagi youtuber di luar sana yang cuba yang terbaik untuk capai 1,000 malah 100 subscribers. Nathaniel kelihatan seperti senang saja perjalanan dia di Youtube ini. Amer ingat lagi kali pertama jumpa dengan channel dia, jumlah subscribers Nathaniel Drew baru sekitar 50,000-60,000 dan tiba-tiba angka tersebut meningkat dengan sangat cepat. Dalam tempoh 2-4 bulan subscribers channelnya mula meningkat menjadi ratusan ribu dan akhirnya 2-3 bulan lepas angkanya sudah melepasi 1 juta subscribers.

Bila perkara tersebut terjadi, ramai orang akan mula nak tahu dan berteka-teka tentang berapa banyak jumlah pendapatan yang dia dapat daripada Youtube. Mesti banyak bukan? Kita boleh lihat dalam video-video di Youtube, seorang kreator berpotensi untuk mendapat gaji 5 angka walaupun jumlah subscribes baru sahaja mencecah 100,000-200,000. Inikan pula, bila anda berjaya hit 1 million subscribers!

Tetapi sebenarnya, perjalanan dia bukanlah seindah dan semudah yang kita lihat. Dia sebenarnya tidaklah sebertuah yang kita sangka. Dia turut bersusah payah pada awal perjalanan dia membina career sebagai kreator Youtube. Dia ada upload video berkenaan berapa banyak gaji atau pendapatan daripada Youtube yang dia dapat. Kalau anda berminat boleh tengok videonya, How Much $$$ Money Do I Make on Youtube/Online?

Pendapatan Nathaniel Drew daripada Youtube Adsense selama 1 tahun (April 2018-April 2019)

Sebagai ringkasan, perjalanannya bermula pada pertengahan tahun 2015. And selepas hampir 4 tahun dia menghasilkan konten, Nathaniel sebenarnya hanya beroleh gaji beberapa dollar saja sebulan. In fact, gaji tersebut tak cukup pun untuk dia gunakan sebagai perbelanjaan bulanannya. Apabila ditambah tolak dengan gaji Youtube dan perbelajaannya untuk konten (ie hosting, kos operasi, advertisement etc) ianya adalah NEGATIF! Negatif untuk 3-4 tahun! Bukan disebabkan kos operasinya yang meningkat tetapi adalah kerana jumlah yang diperoleh daripada Youtube adalah SEDIKIT.

Ini yang Amer cakap di bahagian 2, dia sangat jujur dengan apa yang dia cakap dalam kontennya. Tak ramai yang sanggup untuk tunjukkan berapa banyak gaji yang dia dapat—especially kalau jumlah gaji tersebut adalah FREAKING SMALL! Siapa yang sanggup untuk buat sesuatu kerja yang memakan masa berjam-jam setiap hari (brainstorming idea, filiming, editing video) selama 4 tahun, untuk dibayar dengan jumlah sebegitu? Amer berani bet, ianya sangatlah tak ramai.

Tetapi apa yang Nathaniel buat? Dia terus konsisten buat video dan publish di Youtube. Bila kita tengok over the time, berapa banyak improvement yang dia dah dapat daripada hasil dan kemahirannya dalam menghasilkan konten. Kualiti videonya semakin baik. Ianya sangat SUPERB! Daripada seorang remaja belasan tahun yang tak tahu apa-apa berkenaan dengan kamera, atau menggunakan sebarang software editting, dan juga tak confident bercakap di depan kamera, kepada kreator yang bagus. Kreator yang setiap kali videonya dimuatnaik jumlah tontonannya mesti melebihi 100,000. Daripada kualiti footage yang bertaraf amatur kepada footage yang berkualiti dan menarik.

Ini elemen yang tak ramai kreator malahan usahawan bisnes ada. Keupayaan untuk konsisten dan persistence dalam menghasilkan kerja. Berapa banyak channel yang dibuat dan muncul setiap hari di Youtube, tetapi over time berapa banyak saja yang mampu bertahan? Jumlahnya tak banyak. Kerana tak ramai yang sanggup untuk berusaha melakukan sesuatu kerja dengan gaji atau hasilnya adalah unpredictable. Daripada apa yang Amer perhatikan, gaji atau pendapatan di Youtube/Online, ianya tidak berkembang secara linear atau up trend. Tetapi ianya berkembang secara exponential.

Linear growth v.s. Exponential growth

Anda boleh bergaji dengan sangat rendah untuk sesuatu tempoh masa tapi sampai satu masa, gaji anda boleh naik secara yang anda sendiri tak sangka! Jumlah gaji sebulan boleh menjadi jumlah 6-7 bulan.

Dengan syarat anda kena konsisten dan keep showing up your work. Bagi Amer, itu adalah strategi yang paling berkesan.

P/s: Kalau anda berminat dengan tulisan-tulisan seperti ini, boleh subscribe blog Amer untuk dapatkan update-update terbaru. Dan kalau ada apa-apa pendapat dan pandangan tentang tulisan Nathaniel Drew ini boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah. Amer suka berinteraksi dengan anda semua. 😊

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: