Moment of Seredipity

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat.

Beberapa hari lepas Amer ada berbual dengan isteri. Berkenaan dengan hasrat nak tinggal di luar negara. Tinggalkan Malaysia dan hidup di negara orang. Mungkin di negara Eropah. Don’t get me wrong. Bukan sebab Amer tak nak tinggal di Malaysia, Amer sayangkan Malaysia. Negara kelahiran sendiri yang aman makmur.

Sebab utamanya adalah Amer nak tinggikan peluang dan ruang untuk mencapai “moment of seredipity” atau ‘durian runtuh’. Kehidupan ini kita kena berani untuk ambil peluang dan bukan itu saja, untuk kita dapat peluang yang kita nak kita kena tingkatkan kemungkinan untuk kita jumpa dengan peluang tersebut. Contoh yang Amer boleh ambil adalah kalau Amer terus hidup dan bekerja di kampung bergaul dengan orang yang sama & buat rutin yang sama, mana mungkin Amer akan ada kehidupan atau belajar benda yang berbeza. Idea dan perbualan adalah sama. Jadi, peluang untuk jumpa dengan “moment of seredipity” tadi adalah rendah.

In fact, kehidupan dan karier Amer sekarang juga adalah sebab “moment of seredipity”. Tak mungkin Amer akan discover peluang untuk start bisnes sekarang kalau Amer tak tinggal di Kuala Lumpur dulu. Dan Tak mungkin jugak Amer jumpa dengan isteri Amer sekarang kalau Amer tak sambung belajar di Johor.. dan lain-lain.

Di Malaysia, basically Amer dah boleh imagine apa kehidupan yang akan anak Amer lalui. Katakan dia habis belajar sekitar umur 23-24 tahun, dia akan bekerja dan bina keluarga dan sambung bekerja hinggalah sampai umur 55-60 tahun dia akan bersara. Anak dia (cucu Amer) nanti pun basically akan lalui perjalanan yang sama. Dan seterusnya.. Ianya adalah kitaran sama yang kita (hampir) boleh agak dan anggar. Amer nak kitaran untuk mereka sedikit berbeza dari segi karier dan kehidupan mereka.

Jadi, untuk menuju ke arah itu Amer buat anggaran bahawa perlukan passive income sekurang-kurangnya RM12K-15K untuk mulakan hidup di negara sana. At least, dengan jumlah tersebut Amer tak bermula daripada bawah. Jumlah itu cukup untuk sewa rumah, makanan dan pengangkutan di sana. Memang jumlah tersebut tidaklah banyak bila ditukar ke mata wang asing (seperti pound) tetapi kalau kami pilih untuk tinggal di negara Eropah yang kosnya rendah sedikit, seperti Albania atau Azerbaijan, ianya cukup.

Hasil passive income daripada bisnes Amer sekarang ditambah dengan revenue daripada blog ini nanti InsyaAllah jumlah RM12K-RM15K itu boleh dicapai. So, bila benda itu jadi nanti Amer dan isteri dah boleh diskus lebih terperinci berkenaan dengan negara dan tempat tinggal kat sana. Idea berkenaan “moment of seredipity” ini membuka mata dan fikiran Amer.

Selamat berhujung minggu,

Ameruddin Ibrahim

Thread of Wisdom

1. Artikel: “Reading with Intention”. Pernah tak kita terfikir kenapa kita pilih untuk beli dan baca sesuatu buku? Adakah sebab buku tersebut tersenarai dalam carta ‘Best Sellers’ atau sebab terpengaruh dengan saranan kawan dan internet? Atau mungkin juga sebab kita hanya nak penuhi bilangan buku dalam akaun Goodread? Apa yang jadi dengan buku-buku tersebut? (anda sendiri tahu). Disebabkan kita rasa satu kewajipan untuk habiskan buku yang sudah kita beli, kita pilih untuk tak membaca apa-apa buku, kita pilih baring dan scrolling fb atau Twitter. Habiskan masa. Rasa macam berdosa untuk beli atau ambil baca buku lain dan baca. Penulis menyebut bahawa pastikan apabila kita membaca buku kita nak ambil sesuatu nilai (value) daripada buku tersebut. Tidak salah untuk baca buku berdasarkan bab yang kita suka atau resonate dengan diri. Seperti mana kita membaca blog, kita boleh pilih artikel/tulisan yang kita suka, kenapa kita tak lakukan perkara yang sama semasa membaca buku? Ianya TIDAK SALAH.

2. Video: How to Write Weekly and Accelerate You Career”. Video ini sangat menarik kalau anda nak tahu berapa jauh karier anda boleh pergi dengan menulis online. Secara konsisten. Video ini membincangkan tentang cara betul untuk mula menulis, bagaimana untuk hadam maklumat dan info yang bagus dan macam-macam lagi. Perkara yang best dibincangkan adalah bagaimana Nick Magguili, seorang “pekerja biasa”, berjaya untuk advance kariernya menjadi seorang ketua pegawai operasi (COO) dalam sebuah syarikat hedge-fund yang terkemuka. Ianya hanyalah bermula dengan menulis secara konsisten dalam blognya. Blog tersebut mencipta peluang baru yang kita panggil sebagai pintu ketiga (third door). Tiada siapa sangka, Nick akhirnya diserap masuk ke dalam sebuah syarikat hebat tanpa sebarang temuduga mahupun sebarang resume. Ia hanya bermula dengan sebuah blog. Yang ditulis secara konsisten. Blog is the new kind of resume in borderless-world.

3. Artikel: “The four kinds of luck”. Tulisan ini Amer jumpa dalam salah satu podcast Naval Ravikant. Setiap orang mengharapkan tuah (luck) untuk menjadikan mereka kaya. Sedangkan tuah jenis ini, atau kita panggil “Blink luck”, sangat jarang berlaku. ‘Blink luck’ diluar kawalan dan kehendak kita, ianya takdir atau kebetulan. Tetapi ramai orang yang tak nak berusaha “mencipta” tuah yang jenis ke-4? Tuah yang terbina melalui pembinaan karakter atau karisma atau sikap kita.

[Chance IV] favors the individualized action. This is the fourth element in good luck — an active, but unintentional, subtle individualized prompting of it…

Chance IV is the kind of luck that develops during a probing action which has a distinctive personal flavor..

Ramai yang terlepas pandang atau pandang rendah dengan tuah jenis ia. Ianya lebih bersifat jangka masa panjang. Berbanding dengan “blink luck”, tuah ini menarik kekayaan atau wealth. Tak kira dimana anda pergi, anda boleh menarik kekayaan.

Favorite Quote

“Don’t be in the business of playing it safe. Be in the business of creating possibilities of greatness”

Robert Iger

Personal Blog Post Highlight

Why Saving on That Cup of Latter Won’t Make Your Rich”. Such a trivial title, sebab sekarang kita banyak baca artikel berkenaan dengan berapa banyak kita boleh jimat dengan hanya cut down all the so called “unnecessary expenses” seperti kopi Starbuck yang berharga $20. Kalau kopi tadi mampu meningkatkan dua kali (malah tiga kali) ganda produktivit anda, maka ianya adalah perbelanjaan yang berbaloi. Dan anda patut membelinya setiap hari. Artikel bagus ini telah ditulis oleh seorang doktor. Amer cukup impressed bagaimana beliau, sebagai doktor, mampu mencari masa untuk menulis, dan doktor ini banyak menulis di Twitter juga. Kudos, anda patut membacanya!

1 comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: