Saya Delete Facebook dan Beralih Ke Twitter (Sangat Berbaloi!)

Assalamualaikum semua.

Selamat datang kepada yang baru pertama kali singgah ke blog ini. Dan welcome back kepada yang pernah sampai. Sesiapa yang pernah membaca Medley Jumaat, janganlah terkejut. Ini bukanlah siri baru. Ianya sama. Cumanya Amer ada buat sedikit penambahbaikkan pada siri Medley Jumaat. Selain namanya akan ditukar menjadi siri “Coretan Jumaat”, ianya ada perubahan dari segi struktur juga. Coretan Jumaat ini akan mengandungi 4 bahagian utama iaitu ‘Personalized Message’, ‘Thread of Wisdom’, ‘Favorite Quote’ dan ‘Personal Blog Post Highlight’.

Selamat Tinggal Facebook

Bermula 3 minggu lepas Amer ambil keputusan untuk delete fb apps dalam phone Amer (dalam iPad masih ada). Ianya bermula apabila Amer rasa banyak habiskan masa dan tenaga di fb ini aka procrastinate. Sedangkan banyak perkara yang Amer boleh buat dengan masa tersebut. So, dari situ Amer cari medium yang lebih sesuai. Finally… Amer jumpa Twitter! Yup, kedua-duanya adalah sosial media. Jadi, kedua-duanya tidaklah sempurna, kadang-kadang kita boleh terleka dengannya. Tapi Twitter ada features yang tiada dalam fb. Antaranya Twitter membolehkan Amer untuk curate own timeline supaya berada dalam komuniti yang Amer mahukan. Contohnya kretif kreator atau marketer. Berbeza dengan fb, kita perlu keep scrolling untuk jumpa sesuatu yang ‘useful’. Jika tidak Amer perlu tengok semua sosial update daripada ~5000 kawan maya (yang mungkin Amer tak pernah atau tak mungkin berinterasi pun).

Selepas seketika guna Twitter, Amer discover lebih banyak idea dan ilmu baru di Twitter. To name a few, Build a Second BrainTiago Forte dan Write of PassageDavid Perell. Konten dan komuniti seperti ini yang Amer tak jumpa sepanjang bermain fb sekian lama. Komuniti yang tulin dengan idea, cadangan dan maklumbalas (feedback). Komuniti seperti ni banyak ubah cara Amer menulis konten dalam blog dan juga tambah baik cara Amer berfikir atau memproses maklumat. Ianya mendedahkan Amer dengan niche baru dan tahap pengetahuan yang baru. Fb lebih kepada like-minded group.

Salah satu cara yang Amer discover untuk menjadi produktif di Twitter adalah follow educational akaun yang mengingatkan tentang goal atau matlamat kita. Boleh jadi matlamat tentang kewangan, kesihatan atau karier. Buat personal ‘List’ supaya kita senang nak browsing pada bila-bila masa.

“For someone whose pursuing their dream job, or chasing a group of mentors or peers, it’s remarkable. In any given field, 50–80% of the top experts in that field are on Twitter and they’re sharing ideas, and you can connect to them or follow them in your personal feed.”

Bill Gurley

Selepas memikirkan manfaat yang Amer enjoy di Twitter sekarang, mungkin Amer tak lagi aktif di fb (except for my page). Kalau login pun mungkin jarang-jarang scrolling around nak lihat perkembangan semasa kawan-kawan. Amer excited nak grow more di Twitter. Yang ada akaun Twitter boleh follow Amer. Amer gunakan Twitter untuk gain, share dan update knowledge baru berkenaan dengan kreatif konten, produktiviti dan marketing.

Selamat berhujung minggu,

Ameruddin Ibrahim

Follow me on: Twitter | Blog

Thread of Wisdom

a) Life in Weeks—Wait But Why

Kali pertama Amer kenal Tim Urban ini adalah dalam video How to Read More Books in The Golden Age of Content. Straight selepas Amer kenal dia, Amer terus cari blognya dan subscibe (and you should too!). Tim Urban ni sangat genius menghuraikan sesuatu yang komplek kepada yang lebih simple. Dalam tulisannya ini, Tim Urban quantified kehidupan ini dalam minggu dan called it as “diamond”. Berlian sebagai sesuatu yang bernilai. Begitu juga dengan kehidupan kita ini. Jadi, soalannya adalah sebagai sesuatu yang bernilai, bagaimana kita boleh memanfaatkanya:

1) Enjoying the diamond

2) Building something to make your future diamonds or the diamonds of other more enjoyable

Kita tak boleh pilih salah satu saja, samada hanya (1) atau yang (2) sebabnya kita akan jadikan kehidupan kita sebagai ‘dull’ atau kita tak gunakan kelebihan atau potensi diamond tersebut sepenuhnya. Paling teruk adalah kita tak pilih kedua-duanya.

b) America’s Professional Elite: Wealthy, Successful and Miserable

The upper echelon is hoarding money and privilege to a degree not seen in decades. But that doesn’t make them happy at work.

Cerita dalam aritkel ini sangat menarik! Ianya adalah tentang seorang pengurus besar yang penulis ini jumpa di sebuah parti reunion Havard Business School. Dia bekerja di salah sebuah syarikat hedge-fund yang besar dan berpendapatan sebanyak $1.2 millions USD setahun! Dan dia rasa miserable.

 “It was insanely stressful work, done among people he didn’t particularly like”. “I feel like I’m wasting my life.” He told me. “When I die, is anyone going to care that I earned an extra percentage point of return? My work feels totally meaningless.” Dan anda boleh baca cerita seterusnya.

Bahagian yang paling menarik untuk highlight adalah penulis mengulas berkenaan dengan kerja seorang janitor. Seorang yang kerjanya adalah membersihkan atau mops lantai di bilik hospital atau menukar cadar orang koma yang kencing dan berak. Janitor tersebut, some how, merasa lebih bahagia dan fullfilled dengan kerja yang mereka lakukan kerana ianya memberikan impak yang lebih besar dan lebih bermakna.

c) Remember What You Read: Zettelkasten vs P.A.R.A.

Pernah tak anda membaca sesuatu yang menarik, seperti buku atau atrikel, tapi sampai satu masa anda struggle untuk ingat kembali maklumat atau poin-poin tersebut? Amer selalu sangat. Rasa sayang sangat bila kita dah luangkan masa baca semua itu, then selepas beberapa ketika kita tak ingat pun apa yang kita baca. 

Jika anda seorang yang teringat nak tahu atau ghairah tentang cara untuk membina sebuah sistem penyimpanan maklumat yang lebih efektif, anda boleh baca kedua kaedah berkenaan. Bagi Amer, kaedah P.A.R.A. ini lebih berkesan dengan Amer sebabnya dia memudahkan Amer untuk akses folder atau files yang berkaitan dengan projek atau kerja yang Amer nak buat. Cumanya Amer sekarang tak gunakan Evernote sebagai note-taking apps yang utama tetapi Amer menggunakan Roam Research. Feature Roam yang menggunakan bi-lateral link ini yang menjadikannya sangat berguna bila Amer nak mula penulisan atau kajian terlebih dulu.

Favorite Quote

“All the value in life, including in relationship, comes from compound interest.”

Naval

Personal Blog Post Highlights

Suicide Isn’t The Answer To Your Debt or Money Problems

Untuk personal blog post yang Amer nak highlight kali ini adalah tulisan Elizabeth Tai. Antara kisah yang menarik dalam artikel ini adalah tentang kisah seorang remaja 20 tahun yang ambil keputusan untuk bunuh diri. Ianya disebabkan remaja tersebut telah rugi dalam pelaburan atau margin call sebanyak $730 juta USD! Menakutkan bukan? Tetapi yang paling menyedihkan adalah rupa-rupanya jumlah tersebut sebenarnya tidak benar. Terdapat masalah user-interface dalam program atau apps yang digunakan itu. And becuse of that one life has gone.

Penulis highlight bagaimana kita kadang-kadang dalam mencari duit mudah sangat tergelincir. Tergelincir bahawa duit adalah segala-galanya. Duit adalah tuhan. Tanpa duit kita tak akan bahagia dan merana. Sedangkan duit sebenarnya hanyalah alat. Alat untuk kita berurusan

Cara terbaik adalah belajar ilmu kewangan. Tak perlu cari yang berbayar ribu-ribu kat luar sana. Sekarang banyak artikel di internet yang boleh kita baca dan rujuk. Kalau perlukan khidmat nasihat berurusanlah dengan penasihat kewangan yang berlesen atau terus berurusan dengan AKPK. Agensi kerajaan ini banyak membantu golongan-golongan yang tersontot dengan skim-skim cepat kaya dan juga golongan yang muflis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: