100 Pertama Anda yang Paling Teruk

Ianya buruk. Teruk. Menjengkelkan.. tapi sebenarnya ianya perkara yang bagus.

Kerja anda mungkin akan dicemuh dan dikritik. Usaha anda diperlekehkan. Kerja anda seperti budak sekolah menengah.

Tetapi tidak apa. Itu adalah proses. Ya betul, keputusan akhir adalah petunjuk kepada sesebuah kejayaan. Selagi anda belum sampai ke destinasi, anda tidak punya apa-apa. Tiada apa-apa untuk dibanggakan untuk diri sendiri apatah lagi untuk orang lain.

Tidak apa. ‘Show your imperfect work’ dan terbitkannya. Tekan ‘Publish’ supaya orang melihat dan menilainya.

Dari situ sebenarnya anda akan banyak belajar. Lekuk pembelajaran atau ‘learning curve’. Setiap hasil kerja yang anda hasilkan adalah batu loncatan kearah yang lebih baik.

Terbitkan, dapatkan maklum balas baikinya menjadi lebih baik. Tekan ‘Publish’ lagi. Dapatkan maklum balas lagi dan baiki lagi…(berterusan)

100 yang pertama anda adalah paling penting. 100 pelanggan pertama. 100 bisnes pertama. 100 tulisan pertama. 100 percubaan pertama. Fasa kritkal. Anda akan belajar 100 perkara yang membuatkannya hasil kerja anda gagal. Bukan itu saja, anda akan belajar untuk menjadikannya berjaya. Satu perkara saja sudah cukup. Satu perkara yang cukup bermakna. Satu perkara daripada 100 hasil kerja. Itu yang mustahak.

Cerita bagaimana yang seronok untuk kita baca. Adakah orang yang mencuba 1000 kali dan berjaya? Seperti Micheal Jordan. Atau cerita orang yang berjaya dengan hanya 1-2 kali percubaan?

Memang cerita kedua yang kita mahukan. Tetapi cerita pertama tadi lebih emosi untuk kita baca. Lebih berkesan untuk hati dan jiwa kita. Lebih banyak yang kita boleh belajar.

Tidak ‘showed up’ sebab risaukan kritikal orang. Tak menulis idea sebab mungkin ada orang lain yang sudah menulisnya. Atau perasaan rendah diri, bahawa ‘siapa aku untuk memulakanya’.. buang ia jauh-jauh. Kita mahukan anda untuk bermula.

Kerana anda adalah anda. Tiada siapa yang sama seperti anda. Anda satu-satunya dalam dunia ini.

Jadi, pergilah buat hasil kerja anda. ‘Show your imperfect works’ kepada dunia, dan hasilkan 100 pertama anda—secepat mungkin. Anda akan lebih cepat belajar dan jadi lebih pandai.

Ameruddin Ibrahim,
Yang baru bermula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: