Medley Jumaat #003

Assalamualaikum semua, dan selamat hari Jumaat.

Bertemu lagi kita dengan Medley Jumaat kali ini. Dan tanpa lengahkan masa. Amer nak terus kepada Medley Jumaat kita pada hari ini.

So, let’s get started.

1,000 Views dan 10 Posts yang Pertama

Minggu ini Amer banyak discover benda baru yang Amer nak kongsikan dan tulis. Tapi Amer nak simpan untuk Medley Jumaat akan datang. Amer nak highlight perkara tentang blog ini. Seperti yang anda lihat, blog ini masih mentah. Maksud Amer dari segi usianya. Hampir 3 bulan. Amer mula menulis pada akhir bulan April dan sekarang sudah penghujung bulan Jun. Masih fresh bukan? Kalau anda lihat blog-blog yang lain, ada yang usia mereka hampir 5-7 tahun—Ringgit oh Ringgit & Mr-Stingy. In fact, kalau anda familiar dengan Tim Ferris dan Seth Godin perjalan blog mereka sudah hampir 20-15 tahun. Super lama!

Tahun 2009, blog Seth Godin tersenarai oleh Times sebagai 25 blog terbaik pada tahun tersebut. 25 best in the world! Anda patut check blog mereka ini. Tak rugi. Sumpah.

Kenapa Amer sebut benda ini adalah.. sebab blog Ameruddin Ibrahim ini baru saja melepasi 1,000 views. Dan jugak baru saja lepas publish 10 posts. Yes! I’m so excited!

Angka tersebut memang tak banyak bagi sesetengah orang. Tetapi apa yang nak Amer banggakan adalah berapa banyak usaha dan masa Amer luangkan untuk sampai ke takuk ini. Kaji, tulis, edit, baca, edit semula, sambung tulis, padam semua, tulis balik (endless process). Sebab itu, Amer kagum sangat dengan orang yang boleh menulis dan publish buku. Walaupun sebuah buku. Jumlah masa dan keringat yang mereka kerah hanya mereka saja yang tahu.

After all, semua effort dan masa yang Amer luangkan ini, Amer rasa berbaloi. Rasa puas. Amer rasa Amer slowly level-up diri ke tahap yang lebih baik. Dari segi menulis, cara berfikir dan susun idea.. dan secara tak langsung Amer rasa komunikasi Amer lagi berkesan. Pernah tak, anda struggle mencari perkataan yang sesuai bila nak terangkan kpd orang? Amer pernah. Selalu sangat. Tapi benda itu perlahan-lahan Amer kmdapat kurangkan melalui menulis. Mungkin sebab Amer punya vocab makin banyak dan susunan ayat jugak makin tersusun.

Apa-apa pun, semua yang Amer buat ini selama hampir 3 bulan ini hanyalah 1% (mungkin kurang daripada itu) daripada apa yang mereka usahakan. Wish me all the best! Amer nak jadikan blog ini sebagai salah satu legasi Amer untuk masa akan datang. Sekurang-kurangnya, kalau tak boleh tinggalkan kesan kepada dunia, blog ini boleh bermanfaat kepada komuniti yang membacanya.

The blog contains more than 2,700,000 words, delivering the equivalent of more than thirty full-length books

Seth Godin, This is post 7,000.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: