5 Langkah Untuk Kekal Produktif Setiap Masa

Assalamualaikum guys, selamat kembali ke blog Amer.

Kepada yang pertama kali masuk, Amer ucapkan selamat datang. Harap anda akan enjoy membaca blog ini. Jangan lupa untuk subscribe blog ini dan like fb page Ameruddin Ibrahim. Terus kepada topik kita.

Seperti anda, Amer ada masa rasa sangat motivated atau hype untuk buat sesuatu perkara. Kita sebut sebagai ‘Ha-ah’ moment. Tetapi ada masa jugak Amer rasa macam nak baring saja seharian sambil scrolling fb atau twitter berjam-jam. Tak rasa semangat langsung nak buat apa-apa. Ianya selalu berlaku bukan?

Kali ini Amer nak kongsikan 5 (4+1 Bonus) langkah yang Amer biasa lakukan bila moment tak produktif tadi datang.

Mengakui Perasaan Tersebut (..dan ianya benda yang bagus)

Bila Amer berada dalam keadaan bermalas-malasan tadi, perkara pertama yang Amer akan lakukan adalah mengakui atau acknowledged perasan tak produktif tadi. Amer sedar yang Amer sedang bermalas-malasan. Mengakui bahawa perbuatan scrolling fb dan twitter berjam-jam ini adalah sesuatu yang membazirkan masa adalah sesuatu sangat bagus! Amer acknowledged bahawa banyak lagi perkara yang berfaedah yang boleh Amer isi dengan masa tersebut, antaranya adalah menulis atau membaca buku.. (atau mungkin “productive procrastination” yang mana Amer akan huraikan nanti).

Perbuatan scrolling fb ini Amer fikir adalah disebabkan “FOMO”, iaitu perasaan kita tak nak terlepas sebarang post atau berita terbaru dalam sosial media. Itu yang menyebabkan kita akan sentiasa tekan butang “refresh” selepas dah terlalu lama scrolling fb atau Twitter.


FOMO /ˈfəʊməʊ/

anxiety that an exciting or interesting event may currently be happening elsewhere, often aroused by posts seen on social media.


Origin
early 21st century: abbreviation of fear of missing out .


Perasaan FOMO ini yang membuatkan kita setiap hari akan buka fb sekurang-kurangnya tiga kali (pagi, petang, malam) dan biasanya jumlahnya adalah… jauh lebih banyak dari itu.

Jadi, bila Amer sedar akan perasaan ini, Amer akan cepat-cepat cari jalan keluar.

Mula dengan Perkara yang Paling Kecik & Senang

Ya, bermula dengan yang kecil. Amer akan mula dengan benda yang paling kecik dan mudah untuk Amer buat. Hinggakan ianya adalah sesuatu yang mustahil untuk Amer gagal melakukannya.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan momentum. Kalau Amer pilih untuk lakukan perkara yang besar atau major terlebih dulu, Amer akan terbeban dan rasa unmotivated untuk melakukannya.. dan akhirnya Amer akan pilih untuk sambung scrolling fb atau twitter di katil.

Amer akan cari apa yang Amer boleh lakukan tanpa perlu banyak bergerak atau keluar daripada bilik tidur. Mula dengan perkara-perkara kecil yang dekat dengan kita.

Sebagai contoh, sebelum Amer dapat traction untuk menulis artikel ini, Amer akan mulakan dengan mengemaskan katil Amer sendiri. Selain perbuatan ini Amer tak perlu keluar daripada bilik, ianya adalah mudah untuk Amer capai atau mulakan selepas bangun daripada katil.

Selain itu, Amer akan rasa best dan puas bila dapat tengok katil atau tempat Amer tidur ini sentiasa berada dalam keadaan kemas sebelum meninggalkannya.

“Morning Dump” dan Pastikan Dapat Cross Out 3 To-Do List Setiap Hari

Bila Amer dah dapat momentum, Amer akan mula menulis “Morning Dump”. Ini adalah antara perkara yang Amer akan tulis setiap awal pagi. Dan seperti biasa Amer akan tulisnya dalam my favorite Note-Taking apps iaitu Roam.

Apa yang Amer tulis dalam “Morning Dump” ini? Amer akan senaraikan atau dump semua yang Amer perlu lakukan hari tersebut, selain daripada semua perasaan dan persoalan yang bermain dalam fikiran. Amer ada tulis panjang lebar berkenaan dengannya dalam pengalaman menulis journal selama 21 hari.

Perbuatan ini sangat membantu untuk meringankan otak Amer. Segala maklumat atau perkara tadi Amer sudah alihkan ke tmpat yang lebih sesuai dan senang untuk diakses. Jadi, Amer tak perlu risau tentang maklumat atau perkara yang Amer perlu lakukan pada hari tersebut hilang atau lupa.

Selepas itu, Amer akan susun senarai ‘to-do list’ ini mengikut keutamaan; low, medium, high. Perkara yang urgent dan penting untuk dilakukan Amer akan tag dengan HIGH dan yang tak urgent dan kurang penting Amer akan tag dengan LOW. Perkara yang Amer perlu lakukan segera, Amer akan tulis sebab dan akibat kalau perkara tersebut gagal untuk diselesaikan. Contohnya, ianya akan jeopardise karier atau mengakibatkan gaji bulan ini akan dipotong. Ini bertujuan untuk memberikan “sense of urgency” kepada diri Amer sendiri.

Setiap hari Amer akan pastikan supaya Amer berjaya untuk cross-out sekurang-kurangnya 3 daripada senarai to-do list tadi. Berjaya cross-out 3 bermaksud Amer sudah pun menang atau menjadi produktif pada hari tersebut. Lagi banyak senarai yang Amer berjaya cross-out, lagi bermakna dan produktifnya hari itu.

Reward Diri Sendiri

Setiap kali Amer berjaya untuk cross-out (sekurang-kurangnya 3 senarai to-do list) dan ‘win the day’ Amer akan berikan hadiah untuk diri sendiri. Hadiah tersebut boleh jadi dalam pelbagai bentuk seperti ais-krim Sunday, menonton 2-3 episod siri Game of Throne atau One Piece, atau boleh jadi jugak membeli buku baru (for my Kindle).

Perbuatan reward diri sendiri ini sangat efektif. Ini kerana badan kita akan menghasilkan suatu bahan kimia yang diberi nama dopamine. Dopamine ini akan menaikkan lagi keinginan dan motivasi untuk melakukan sesuatu perkara. Amer ada terbaca satu artikel bahawa lagi banyak badan kita terima dopamine ini, iannya membuatkan kita rasa bagus dan ingin kekal dalam keadaan tersebut. Ini akan membuatkan kita untuk terus kekal produktif.

Jangan pandang rendah dengan kuasa ‘self-rewarding’ walau sekadar ais-krim Sunday. Untuk kekal produktif setiap masa bukanlah sesuatu yang senang, tetapi dengan adanya sistem hadiah ini ianya possible. Jadi, jangan lupa untuk berikan hadiah atas setiap pencapaian dan kerja keras anda.

BONUS: Productive Procrastination

Ini adalah benda yang Amer akan buat bila rasa nak isi masa dengan sesuatu yang bermanfaat, (tapi pada masa yang sama masih lagi dalam keadaan bermalas-malasan).

Amer akan buka youtube dan cari video-video berkenaan dengan produtiviti. Disampai memberikan inspirasi dan ‘pushing factor’ untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat, Amer jugak boleh dapat input yang bagus jika dibandingkan dengan hanya scrolling fb atau twitter tanpa sebarang tujuan.

Disclaimer : Productive procrastination ini boleh jadi double-edge. Anda dapat lebih banyak idea kreatif untuk jadi lebih produktif.. dan anda jugak boleh distracts dengan video tersebut. Jadi, gunakannya dengan kadar yang bersesuaian.

P/s: Kalau anda enjoy membaca artikel seperti ini, please let me know dalam komen di bawah ya. Dan kalau anda ada pengalaman sendiri berkenaan dengan produktiviti boleh juga kongsikan dengan Amer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: