Medley Jumaat #002

Assalamualaikum semua, dan salam hari Jumaat.

Bertemu lagi kita dalam siri #MedleyJumaat. Kalau anda baru pertama kali membaca siri ini, anda boleh teruskan membaca dan jangan lupa selepas itu sila baca juga siri #001 yang Amer tulis.

Alhamdulillah, sekarang kita sudah masuk ke fasa PKPP, selepas hampir 2 bulan kita sama-sama terpaksa berkurung di dalam rumah bagi menjaga ‘social distancing’ dan juga mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Yes, finally! Kita akhirnya boleh menjalankan aktiviti seperti biasa, dan meneruskan perayaan aidil fitri yang mungkin tertangguh sewaktu PKP tempoh hari.

Jadi, terus pada siri Medley Jumaat kita ini. Anda yang belum support fb page Ameruddin Ibrahim dan belum subscribe/follow blog ini silalah berbuat demikian. Amer sasarkan blog ini akan mencapai first 500 subscribers pada hujung tahun ini. Lets do this!

1,000 True Fans by Kevin Kelly

Amer terjumpa tulisan ini bila Amer mula-mula menulis blog ini dan minggu ini Amer terasa ingin tengok dan baca kembali. Masa mula-mula dulu, Amer curious bagaimana semua content creator seperti youtuber, blogger dan juga podcaster make a living? Macam mana cara mereka leverage atau monetised content mereka, sedangkan kita semua boleh melihat atau mendengar contents mereka dengan percuma? Amer tak rasa Google Adsense saja mampu membayar mereka ini sehingga mereka could afford a decent life, mesti ada cara lain selain mereka ini mengharapkan bayaran Adsense ini? Kalau anda ada terfikir perkara yang sama, please do read this article.

Tulisan oleh Kevin Kelly ini membuka dan memberikan kita idea tentang cara untuk leverage ke atas audience yang kita ada. Kevin menyebutnya sebagai 1,000 Super Fans. Untuk hidup dan survive, kita tidak perlu menjadi terkenal atau mempunyai jutaan peminat atau audiences. Kita hanya perlu bermula dengan jumlah 1,000 peminat atau “Super fans”. Ini yang diketengahkan oleh Kevin Kelly. Dengan adanya kemudahan internet dan teknologi, jumlah 1,000 Super Fans ini tidaklah mustahil untuk dicapai. “Super fans” ini adalah umpama die-hard fans, yang akan support content yang kita secara 100%. Boleh jadi tiap kali kita publish content, mereka ini adalah orang yang pertama melihat atau mendengarnya, atau membeli/join sebarang online course atau produk yang kita hasilkan.

Dengan keupayaan internet dan kapasiti smartphone/tech yang kita ada sekarang, ianya sangat possible untuk jumpa dan reach1,000 Super fans” ini, tidak kisah betapa rare atau uniknya hobi atau passion anda, sudah pasti ada individu atau sekumpulan orang yang mempunyai minat yang sama dengan anda (..atau mungkin just enjoy dengan content yang anda hasilkan). Ini mengingkatkan Amer dengan artikel oleh Seth Godin, berkenaan dengan ‘small viable audience’.

Jadi, kenapa bermula dengan jumlah 1,000? Kerana jika hendak dibandingkan dengan angka 1,000,000 atau puluh ribu, jumlah 1,000 ini tidak mustahil untuk kita capai. Dari jumlah itu, kita perlu fikirkan cara untuk membuatkan mereka berbelanja rm100 ke atas produk, buku atau online courses yang kita hasilkan setiap tahun. RM100 x “1,000 Super Fan” bersamaan dengan RM100,000 setahun! That’s very pretty decent amount kalau anda hanya fikirkan unutk hidup dan survive di Malaysia. (In fact, jumlah tu menjadikan anda termasuk dalam golongan M40.. dan mungkin juga ke golongan U20 kalau anda tinggal di kawasan-kawasan luar bandar). Again, Amer rekemenkan anda baca tulisan 1,000 True Fans ini.

Bad Blood 🩸

Buku ini sumpah sangat amazingly page-turning! Kali pertama Amer dengar tajuk buku ini, ianya seperti tajuk buku-buku fiction yang Amer kurang minat untuk baca, tapi sebenarnya buku ini adalah bergenrekan non-fiction dan in fact, ianya adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku. Berlatar belakangkan Silicon Valley ianya sangat dekat dan sesuai kepada sesiapa yang curious dengan perjalanan sebuah startup dan juga sumpah terajang dan jugak bad secret membina sebuah empayar perniagaan. Dengan pelbagai plot twist yang berlaku Amer sangat excited untuk tahu ending buku ini.

Sebenarnya buku ini kali pertama Amer mendengarnya adalah di dalam channel youtbe Ali Abdaal . Namun disebabkan tajuk buku ini bagi Amer kurang menarik, Amer tak ambil port berkenaan dengannya. Tetapi bila satu hari Amer tengah explore content dalam website Bill Gates, sebenarnya buku ini termasuk dalam top book recommendation oleh beliau. Sejurus selepas membaca post tersebut, Amer terus membelinya di Amazon. Dan disebabkan Amer sekarang banyak membaca dalam Kindle, jadi Amer membeli buku tersebut dalam versi Kindle. Tak perlu tunggu buku tersebut dipos, once dah buat bayaran hanya download saja.

Selepas seminggu membacanya, Amer langsung tak rasa menyesal membelinya. Setiap malam Amer akan pastikan untuk luangkan sekurang-kurangnya 15-20 minit untuk membaca buku ini. Tak kira betapa mengantuknnya Amer, Amer akan pastikan untuk membacanya sebelum tidur, or else Amer akan tidur dengan Kindle ini di dada. In fact, pada hari tersebut Amer sebenarnya membeli tiga buah buku serentak, iaitu The Ride of a Lifetime: Lessons Learned from 15 Years as CEO of the Walt Disney Company, Bad Blood dan Cloud Atlast. Bermula dengan buku The Ride of a Lifetime karangan Robert Iger, kini Amer membaca Bad Blood ini hampir setiap malam. Amer fikir selepas habis membaca buku ini, barulah Amer akan kembali semula untuk membaca buku buku Robert Iger dan Cloud Atlas itu.

Nota Akhir

Jika anda suka membaca #MedleyJumaat ini, Amer harap anda boleh kongsikan kepada kawan-kawan anda, mungkin juga anda boleh jemput mereka untuk subscribe blog ini. Anda juga boleh kongsikan tulisan ini melalui fb, twitter atau emailkannya kepada kenalan anda. Amer akan cuba menulis #MedleyJumaat ini setiap dua minggu (..atau kalau Amer berkesempatan dan ramai yang ingin membacanya Amer akan cuba tulisnya setiap minggu) dan Amer harap anda seronok membacanya. Please leave your comment below.

Dan kalau anda ingin kongsikan sebarang tulisan, video atau buku yang anda nak Amer baca, please tell me! I’m glad to hear from you guys and I love to discover new things.

Selamat berhujung minggu,

Amer.

Quote of the Week

Focus on the big wins to get the big results. They may not be as obvious or sexy as jumping from account to account and getting a few extra bucks, but the big wins will make you rich over the long term.

I Will Teach You to Be Rich by Ramit Seth

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: