Rahsia Jutawan Membaca Buku yang Anda Patut Tahu.

Jutawan tidak hanya menyimpan duit dan melabur duit mereka.. tetapi mereka juga “melabur” untuk fikiran mereka dengan membaca buku.

Berapa banyak buah buku yang anda berjaya habiskan dalam masa setahun? dan berapa minit yang anda luangkan untuk membaca buku dalam sehari?

Secara jujurnya, suatu masa dulu Amer hanya membaca sebuah buku setahun. Sebuah buku biasanya sekitar 350 muka surat dan dalam setahun mempunyai 360 hari, jadi dalam perspektif matematik, ini adalah rahsia untuk baca 1,000 buah buku belum anda meninggal dunia. Yes, please take a look at this video. Simple and doable step.

Salah satu ciri seorang jutawan adalah mereka menghabiskan sekurang-kurangnya 10-12 buah buku setahun. (That’s the minimum one). Nanti Amer akan kongsikan jutawan yang menghabiskan 50 buah buku setahun. Ya, 50 buah buku setahun!

Third Space

Kalau anda pernah kenal (atau if you’re lucky.. maybe berkawan) dengan seorang jutawan.. atau sekurang-kurangnya pernah melihat sebarang video biografi mereka akan mempunyai suatu ruangan khas di dalam rumah iaitu ‘perpustakaan peribadi’. Dalam ruangan ini mereka akan habiskan masa untuk membaca dan juga menulis. Ini merupakan ‘third place’ selain daripada tempat kerja dan rumah mereka sendiri. Setiap hari mereka akan bangun pada awal pagi untuk membaca dan berfikir serta menulis di ruangan ini sebelum memulakan hari mereka.

…it’s vital to create space in each day to let your thought wander beyond your immediate job responsibilities, to turn things over in your mind in a less pressured, more creative ways than is possible once the daily triage kicks in.

The Ride of a Lifetime, Robert Iger

Bill Gates dan ‘Think Week

Bill Gates, pengasas kepada trillion dollar company iaitu Microsoft, akan mendedikasikan ‘Think Week’ sebanyak dua kali setahun. Semasa ‘Think Week’ ini dia akan menghabiskan sepanjang satu minggu tersebut untuk membaca dan menulis. Pada minggu tersebut tiada siapa yang boleh menganggunya (..maybe not even Melinda Gates). Setiap tahun Bill Gates akan menghabiskan sebanyak 50-60 buah buku, thanks to his ‘Think Week’.

Kalau kita ambil kira umur Bill Gates sekarang iaitu 64 tahun dan dia sudah memulakan ‘Think Week” ini pada tahun 90an, jadi sekarang dia telah melakukan rutin ini selama 30 tahun. Katakan umur purata manusia adalah 90 tahun (Amer ambil kira umur Tun Mahathir sekarang), Bill Gates ada lagi sekitar 26 tahun lagi untuk terus melakukan ‘Think Week’ ini. Dengan jumlah 50 buah buku setahun ini, semasa Bill Gates meninggalkan dunia nanti, dia akan berjaya habiskan 3,300 buah buku. (Mungkin buku terakhir, yang ke-3,300, dia tak sempat untuk habiskan sebabnya dia akan meninggalkan dunia terlebih dulu). Still, jumlah tersebut adalah sangat sedikit jika nak dibandingkan dengan jumlah buku yang ada di dunia ini. Namun, jauh lebih banyak jika nak dibandingkan dengan jumlah buku yang kita baca.. dan bakal baca nanti.

Elon Musk Mengasakan Tesla & Space X dengan Hanya Membaca Buku

Di dalam suatu temu bual bersama dengan Elon Musk, apabila ditanya tentang bagaimana dia mengasakan syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Tesla, Space X, Hyperoop, dia menjawab… dengan membaca buku. Basically, rahsia dia bermula dan menghantar manusia ke planet Marikh nanti adalah dengan hanya membaca buku. Mind blown!

Sepanjang zaman kanak-kanak Elon Musk, buku memainkan peranan yang sangat penting kepada aspirasi dan impiannya sekarang (which is to send people to Mars). Dikatakan bahawa pada ketika umur 9 tahun, dia telah menghabiskan koleksi ensiklopedia, Encyclopedia Britannica, dan dia menghabiskan lebih dari 10 jam sehari untuk membaca buku-buku science fiction.

I was raised by books. Books, and then my parent..

Elon Musk dalam suatu temubual

Anda boleh baca temu buah bersama ayah kepada Elon Musk tentang bagaimana Elon Musk sewaktu zaman kanak-kanaknya; How to Raise a Billionaire.

Sebagai leader, yang menerajui syarikat-syarikat besar dunia yang mempunyai dan menguruskan ribuan pekerja, kebolehan untuk storytelling adalah sangat penting. Kebolehan storytelling ini yang membolehkan mereka untuk menyampaikan visi dan misi syarikat dengan lebih jelas. Kalau anda tak banyak membaca buku anda akan menghadapi kesukaran dalam pemahaman dan penyampaian anda kerana anda kurang dari sudut kosa kata. Jadi, mesej yang ingin anda sampaikan kepada team anda tidak akan sampai atau kurang efektif. Pelaksanaan rancangan memerlukan penyampaian yang jelas dan berkesan. Membaca akan meningkatkan jumlah kuantiti ‘white matter’ dalam otak kita, dan ‘white matter’ ini sangat penting dalam memproses maklumat dan membuat keputusan dengan lebih baik dan cepat.

Bagaimana Anda Boleh Mula Membaca dengan Lebih Baik?

  1. Mulakan dengan topik yang anda familiar
  2. Ambik topik yang anda betul-betul minat
  3. Luangkan 30 minit untuk baca setiap hari
  4. Membaca buku sebelum nak tidur pada waktu malam (double edge; consume knowledge and sleep better and faster)

Sleep is good, but books are better

George R. R. Martin

p/s: sekiranya anda belum baca ciri pertama jutawan pertama yang Amer kongsikan boleh baca di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: