Medley Jumaat #001

Salam hari Jumaat!

Selamat datang ke siri pertama mingguan #MedleyJumaat Amer. Pertama sekali, Amer rasa pelik dan awkward untuk menulis so called my first newsletter ini, sebabnya ia merupakan kali pertama Amer menulisnya dan Amer tak tahu siapa yang bakal membaca #MedleyJumaat ini. Tapi Amer pernah dengar bahawa sesuatu perkara yang berbaloi (atau tidak berbaloi) untuk kita lakukan, pada kali pertama membuatnya adalah normal untuk merasa pelik atau awkward. So, let’s just do it! Amer akan anggap ini adalah salah satu long term eksperimen untuk diri Amer sendiri.

Hari Selasa lepas, Amer ada tulis dan kongsikan satu tulisan berkenaan dengan “Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Jutawan Dengan Langkah Mudah Ini—Termasuk Anda”. Buat perkara yang Amer tulis di dalam ini, dan percayalah anda boleh menjadi jutawan (finger cross🤞🏻). Untuk sembilan minggu akan datang, Amer akan kongsikan lagi sembilan langkah ke arah financial freedom. Jadi, stay tune dengan blog Amer dan jangan lupa untuk follow dan like fb page Ameruddin Ibrahim.

Coach to 1K- Daily Writing Challenge

Kalau anda pernah membaca tulisan berkenaan dengan apa yang Amer discover selepas menulis jurnal selama 21 hari Amer ada beritahu di post script bahawa Amer sedang melakukan cabaran menulis 1,000 patah perkataan sehari selama 30 hari. Idea dan nama cabaran ini adalah daripada Ali Abdaal. Amer cabar diri sendiri untuk join cabaran ini adalah kerana disebabkan Amer sudah pun practicing my daily journalling, jadi kenapa tidak untuk Amer panjangkan kepada 1,000 perkataan sehari. Kalau tidak jurnal harian yang Amer tulis boleh jadi terlampau panjang (sehingga lebih 1000 patah perkataan) dan terlampau singkat. Singkat yang Amer maksudkan adalah ‘I’m very tired today’. Ya, ianya boleh jadi sesingkat itu. Dalam fb page, Amer ada memuatnaik perkembangan tentang cabaran ini supaya Amer rasa accountable dengan diri sendiri dan juga kepada kawan-kawan dan followers.

Idea 1,000 patah perkataan adalah inspirasi daripada Nathan Barry dan Sean McCabe, mereka berdua merupakan online creators yang telah berjaya engage dengan pembaca mereka dan mendapat pelbagai jenis stream of revenue melalui penulisan mereka secara online. Nathan merupakan pengasas kepada ConvertKit (sebuah syarikat software business bernilai 20 juta USD) telah menulis beberapa artikel tentang bagaimana amalan menulis 1,000 patah perkataan ini telah mengubah hidupnya.

Sean McCabe pula telah memilih untuk pergi lebih ekstrem iaitu menulis 2,760 perkataan sehari, ianya bersamaan dengan berjuta-juta perkataan tahun. Tulisan-tulisan tersebut telah menghasilkan tweet, blog post, podcast, video dan juga beberapa buah buku setiap tahun.

Menulis setiap hari ini boleh jadi sangat epik, bergantung kepada apa yang anda tulis dan kepada siapa yang anda tulis. Perjalanan menulis Amer bermula dengan artikel Nat Eliason, dia akan mulakan paginya dengan menulis “Morning page”. Tulisan Nat ini membuatkan Amer bereksperimen menulis jurnal secara digital selama 21 hari dan sekarang amalan daily journaling ini Amer telah hampir 60 hari. I love doin’ it!

Amer harap eksperimen dan usaha ini akan menggubah kehidupan Amer dan berharap usaha menulis 1,000 perkataan sehari ini Amer akan teruskan bukan setakat 30 hari ini saja. (Kalau Amer berjaya menulisnya selama setahun, ianya bersamaan dengan 365,000 patah perkataan atau sebuah buku!)

Kalau anda berminat untuk join Coach to 1K- Daily Writing Challenge ini, berikan komen di bawah supaya nanti kita boleh sama-sama berkongsi pengalaman dan struggles semasa menulis dan juga berkongsi tips masing-masing.

The Dip by Seth Godin

Ini adalah buku pertama tulisan Seth Godin yang Amer pernah baca dan Amer baru saja habiskannya dalam minggu ini. Amer rasa sangat rugi sangat kerana tidak mengenali Seth Godin ini dengan lebih awal sebabnya dia sangat bagus. Anda boleh tengok beberapa sesi temubualnya dan juga talks yang dia pernah berikan. Kalau di Malaysia ini Seth Godin ini Amer ibaratkan seperti Ramlee Awang Mursid, kecuali buku-buku yang ditulis oleh dia bergenre non-fiction. Sebenarnya Seth Godin telah menghasilkan 19 buah buku yang best selling di New York! Bukan dua atau tiga, bukan jugak 10 tetapi 19 buah.

Buku The Dip ini sangat memberikan impak kepada Amer dari segi entreprenurial. Kalau anda merupakan seorang yang tengah bina empayar perniagaan atau content creator seperti youtuber atau blogger, anda boleh relate dengan apa yang ingin disampaikan oleh Seth Godin ini. Semasa kita sedang usahakan sesuatu, kita akan berjumpa dengan ‘The Dip’ yang dimaksudkan olehnya, jadi pada waktu itu adalah berbaloi untuk ‘Stick’ atau lebih baik ‘Quit’. Amer ambil beberapa #quote daripada buku ini.

Never quit something with great long-term potential just because you can’t deal with the stress of the moment.

The Dip, Seth Godin

Strategic quitting is a conscious decision you make based on the choices that are available to you. If you realize you’re at a dead end compared with what you could be investing in, quitting is not only a reasonable choice, it’s a smart one. Failing, on the other hand, means that your dream is over. Failing happens when you give up, when there are no other options, or when you quit so often that you’ve used up all your time and resources.

The Dip, Seth Godin

Kalau anda seorang yang makan gaji sekali pun, anda akan jumpa dengan situasi ‘The Dip’ ini. Pernah tak anda alami perkara ini, dan apa yang anda akan lakukan? Adakah anda akan ‘stick’ ataupun ‘quit’?

Bookstores: How to Read More Books in the Golden Age of Content

Amer sangat jarang habiskan sebarang video di youtube yang berdurasi lebih daripada 20 minit, apatah lagi kalau video tersebut melebihi 30 minit tetapi video ini membuatkan Amer boleh spend hampir 40 minit. Video ini bagi Amer sangat awesome! Jarang nak ada video di youtube yang menghiburkan, kreatif dan penting seperti ini. Amer tak pasti berapa banyak kos dan juga tenaga yang dihabiskan untuk menghasilkan video ini, yang pasti ianya sangat banyak.

Video ini macam discovery, but the good and exciting one. Ianya adalah tentang pencarian perpustakaan dan kedai buku yang cantik di sekitar Eropah barat dan Amerika . Kalau anda rasa kagum apabila mengunjungi kedai buku di Malaysia seperti Kinokunya, anda rasa 10X ganda apabila melihat perpustakaan dan kedai buku dalam video ini. Sejarahnya, seni beni dan jumlah bilangan buku yang ada TERSANGAT BANYAK! Amer berharap suatu hari Amer boleh bawa isteri dan baby Affan untuk singgah ke mana-mana kedai buku dalam video ini.

Kalau anda seorang penggemar buku Harry Porter anda kena tengok kecantikkan dan authenticity kedai buku yang telah memberikan inspirasi kepada J. K. Rowling untuk menulis siri buku Haryy Poter itu. Please… spend some time to watch the video. Dan anda tak akan menyesal.

Tambahan, kalau anda nak tahu cara untuk membaca secara pantas dan hadam apa yang anda baca itu dengan lebih baik, video ini ada kongsi temu bual bersama Howard Berg, World’s Fasterst Reader. Amer berjaya untuk habiskan buku ‘The Dip’ dalam tempoh 2 hari selepas melakukan cara-cara yang dia buat. Dia ada kongsikan 2-3 cara untuk lakukannya di dalam video ini. Amer baru tahu Howard ini ada sediakan reading course, kalau anda betul-betul nak ikut jejak langkahnya untuk menjadi The World Fastest Reader boleh pergi ke course beliau.

Nota Akhir

Kalau anda suka baca #MedleyJumaat ini, Amer harap anda boleh kongsikan kepada kawan-kawan. Anda boleh share melalui fb, twitter atau emailkan tulisan ini kepada mereka. Amer akan cuba untuk menulis #MedleyJumaat yang terbaik setiap minggu dan Amer harap anda seronok membacanya. Please leave your comment below.

Dan kalau anda ingin kongsikan sebarang tulisan, video atau buku anda boleh beritahu Amer ya! I love to discover new things to read.

Selamat berhujung minggu,

Amer

1 comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: