Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Jutawan Dengan Langkah Mudah Ini—Termasuk Anda.

Menyimpan duit sangatlah mudah, di luar sana terdapat banyak cara atau nasihat untuk anda merancang kewangan anda. Kalau anda belum memulakan apa-apa langkah, anda boleh bermula dengan langkah INI!

Sebelum anda dengar atau ambik apa-apa langkah menyimpan yang lebih kompleks (seperti membeli saham, mutual fund, bitcoin, atau skim-skim yang lain), mulakanlah dengan membayar gaji kepada diri sendiri terlebih dahulu.

Kalau dalam Bahasa Inggeris ianya bermaksud ‘Pay yourself first’. Ya, mungkin bunyi translated version yang Amer tulis di atas macam tak kena tapi itu sahaja yang Amer dapat fikirkan buat masa sekarang. (Mungkin nanti kalau Amer jumpa versi translated yang lebih baik atau ‘kena’ nanti Amer akan ubah). Kalau anda ada cadangan yang lebih baik boleh komen di bawah.

Okay mungkin ada yang pernah dengar atau mungkin quote tadi adalah kali pertama anda dengar. Tidak apa, Amer akan terangkan apa konsep yang dimaksudkan dengan ‘Pay yourself first’ ini. Simple tapi kalau anda boleh mulakannya segera anda sudah hampir separuh perjalanan ke arah persaraan yang selesa atau mungkin.. fired your own boss.

Konsep “Bayar Gaji Untuk Diri Sendiri”

Kali pertama Amer terbaca berkenaan dengan ‘Pay yourself first’ adalah bila Amer baca sebuah buku legend yang ditulis oleh George S. Clason bertajuk ‘The Richest Man in Babylon’. Buku yang nipis dan santai (anda boleh habiskan buku ini dalam masa 1 hari), tapi padat dengan konsep-konsep kewangan yang evergreen. Jadi, konsepnya adalah sebelum gaji atau pendapatan yang anda terima digunakan untuk benda-benda seperti bayar bil elektrik, beli groceries, bayar sewa rumah atau own mortage, beli iPhone baru dan lain-lain, “bayarkan gaji untuk diri sendiri terlebih dahulu”.

Utamakan Simpanan Terlebih Dahulu

Pastikan simpan 5-10% daripada pendapatan yang anda terima setiap bulan untuk diri sendiri dahulu. Kalau gaji yang masuk setiap bulan adalah RM2,500 anda kena pastikan RM250 adalah milik anda sendiri dan diasingkan cepat-cepat dari gaji tersebut. Anda boleh fikirkan macam ini, anda berhak ke atas 10% dari gaji atau hasil titk peluh yang anda usahakan setiap bulan! Thats the minimum value that you deserve. Anda tak mahu semua gaji atau hasil titik peluh anda selama sebulan itu habis digunakan untuk benda-benda lain tadi. Bila anda tanamkan mindset perlu “bayarkan gaji untuk diri sendiri terlebih dahulu”, anda akan mula menyimpan—dan menyimpan ini sebenarnya boleh menjadi sangat addictive. Lagi banyak duit yang anda simpan, lagi banyak duit yang anda NAK SIMPAN!

Jadikannya Automatik

Anda asingkan “gaji” anda tadi secara automatik. Ianya akan tricky kalau kita tidak asingkan “gaji” tadi secara automatik nanti anda akan ada kecenderunggan untuk terguna atau menggunakan “gaji” anda tadi untuk membeli atau membayar benda-benda lain. (Kita semua adalah manusia—dan manusia sentiasa buat silap). Anda setkan automatic transfer kepada akaun simpanan lain atau lebih baik anda buat auto recurring ke dalam Amanah Saham Bumiputera ASB (kalau anda Melayu) atau sebagai alternatif lain anda boleh simpan ke dalam fixed deposit (kalau anda bukan Melayu). Jika dibandingkan dengan saving account atau current account yang memberikan interest sekitar 1-2% setahun, ASB atau fixed deposit boleh berikan dividen/kupon sebanyak 3-6% setahun. Bezanya sangat besar! Anda boleh tekan financial calculator untuk lihat kesan tersebut. (Hint: compound interest!).

Kenapa Anda Perlu Bermula Dengannya?

Dana Kecemasan—bertukar menjadi Dana Persaraan

Simpanan 10% tadi bila anda teruskan untuk 3 tahun pertama, anda secara tak langsung akan bina dana kecemasan sebanyak 3 bulan gaji (to be exact 3.6 months worth of salary). Bila keadaan tak menentu contohnya situasi pandemik sepeti sekarang berlaku, lets say you kena lay off, anda ada duit buffer untuk teruskan hidup seperti biasa dan bayar semua komitment anda dan paling penting put food on your table for your family.

Kalau anda boleh setkan untuk membayar gaji kepada diri sendiri ini lebih awal, you are not far away from your retirement. Dana persaraan kita nanti akan cukup, kita tak perlu fikirkan untuk kembali bekerja semula selepas umur 60 tahun. Cuba bayangkan, gaji pertama anda pada umur 25 tahun adalah sebanyak RM2,500 dan anda mula simpan 10% daripada gaji (kalau gaji naik pun, kita tetap simpan 10% daripada jumlah gaji baru), berapa banyak yang anda berjaya simpan masa umur 60 tahun nanti. Sangat banyak! Jika dibandingkan dengan anda tidak menyimpan langsung 10% tadi.

Cultivate Good Saving Habit

Amalan ‘pay yourself first’ ini sangat bagus sebab pada masa akan datang anda tidak akan ada masalah untuk membayar atau culas membayar sebarang komitment lain.

Well, I think the biggest mistake is not learning the habits of saving properly early. Because saving is a habit. And then, trying to get rich quick. It’s pretty easy to get well-to-do slowly. But it’s not easy to get rich quick.

Warren Buffett

Pro tips: Anda boleh simpan di dalam instrument yang mempunyai risiko dan caj simpanan yang rendah tetapi berikan pulangan yang lebih tinggi daripada saving account. (Hint: money market fund). Kalau anda nak Amer tulis details berkenaan dengan money market funds ini boleh komen di bawah.

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: