Monthly Favorite: May 2020

Hai semua, bertemu lagi kita di entry Monthly Favorite pada bulan Mei. Amer berharap semua dapat menyambut hari raya Aidilfitri dalam keadaan penuh bermakna. Walaupun pandemik ini menyebabkan kita sudah tidak boleh balik ke kampung halaman seperti sebelum-sebelumnya, Amer harap semangat hari raya tidak luntur. Teruskan menjalin hubungan silaturrahim dalam kalangan keluarga, saudara dan rakan-rakan. Amer pasti pengalaman beraya tahun ini akan menjadi pengalaman yang menarik dan tidak akan kita lupakan, at least for the next 30-40 years.

Monthly favorite bulan Mei ini, Amer ada tiga stuffs yang ingin Amer kongsikan. Pertama adalah buku ‘Born A Crime’ oleh Trevor Noah. Seterusnya apps kegemaran Amer iaitu Hello Gold dan akhir sekali adalah Ringgit Oh Ringgit, iaitu blog favorite Personal Finance yang Amer selalu layari.

Born A Crime

Born A Crime’ oleh Trevor Noah

Buku ‘Born A Crime’ ini sudah lama Amer beli, sekitar akhir tahun 2017. Sekarang sudah pertengahan tahun 2020, ini bermaksud buku ini sudah berada dalam gerobok buku Amer sudah hampir 3 tahun! Akhirnya masa kita tengah ber’PKP’ ini Amer berjaya untuk menghabiskan buku ini. Perasaan bila Amer habiskan buku ini sangatlah merugikan! Rugi sungguh Amer tidak habiskan buku karangan Trevor ini lebih awal. Sebab buku ini sangatlah seronok untuk dibaca. Amer boleh habiskan 2-3 jam membaca buku ini tanpa sedar waktu berlalu. This book is so hilarious! Amer tak tipu. Dan untuk pengetahuan anda, buku ini tersenarai sebagai salah sebuah buku yang menjadi recommendation oleh Bill Gates pada tahun 2018.

Ini adalah buku sulung yang ditulis oleh Trevor Noah. Bila Amer membaca buku ini ianya sangat dekat dengan Amer. Setiap muka surat Amer seolah-olah boleh bersama dengan mood penulisnya, tidak kira saat tertawa, sedih mahupun geram, Amer rasa sangat dekat. Mungkin ini kerana Amer sudah kenal dengan Trevor Noah ini sudah agak lama. Pada tahun 2015, dia telah menggantikan John Stewart dalam rancangan Daily Show, dari situ namanya meningkat naik sebagai seorang host dan juga seorang comedian. Anda boleh search namanya di Youtube, dan anda akan jumpa semua video stand-up komedinya.. ini antara videonya. Sangatlah kelakar! Anda boleh ulang-ulang melihat semua lawaknya, dan anda tidak akan kering gusi.

Buku ini mengisahkan sebuah memoir perjalanan hidup Trevor sewaktu kecil, kanak-kanak dan remaja di Afrika Selatan. Pada waktu itu, negaranya merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan dasar apartied, iaitu dasar yang menyisihkan atau memulaukan kaum yang bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dan untuk pengetahuan anda, tidak seperti kaumnya yang lain Trevor dilahirkan “coloured”. Buku ini penulisnya banyak menyindir dasar apartied dan menceritakan kesan dasar ini secara halus dan santai. Walaupun penceritaanya santai, kita dapat merasakan bahawa dasar ini sangat memberikan impak yang besar kepada kaum kulit hitam di negara Afrika Selatan ini.

“And my mom could walk with me but every time the police went by she would drop me. I felt like a bag of weed”

Trevor Noah

Dalam buku ini Trevor Noah menceritakan bagaimana dia menyesuaikan diri, or menjadi chameleon, dalam kalangan kaum kulit hitam dan juga dalam kalangan kaum kulit putih. Pengorbanan dan kelain ini yang membentuk peribadi Trevor Noah ini menjadikan sisi pandang sesuatu perkara pada dirinya agak berlainan. Amer sangat rekemendkan buku ini kalau anda ingin mengenali lebih dekat dengan Trevor Noah dan juga melihat bagaimana kesan dasar aprtied ini kepada sesebuah negara atau komuniti secara santai.

Hello Gold

Favorite stuff yang kedua yang Amer ingin kongsikan pada bulan ini adalah apps Hello Gold. Kalau anda seorang yang suka mengumpul emas (sama ada emas fizikal atau bukan), dan anda mencari apps yang reliable dan patuh syariah Hello Gold ini adalah untuk anda.

Apps Hello Gold

Kita semua tahu bahawa emas ini merupakan salah sebuah instrument kewangan yang kalis inflasi, selain daripada bekalannya adalah terhad. Sebab itu, bila kita lihat trend harga kenaikkan emas sejak 50 tahun lagi, ianya sentiasa meningkat naik. Tidak seperti mata wang fiat, emas tidak boleh dicetak oleh mana-mana bank.

Sebelum Amer tahu berkenaan dengan Apps Hello Gold ini, Amer pernah menyimpan emas atau membeli emas melalui bank iaitu Maybank dan Kuwait Finance House. Pengalaman pertama membeli dan menyimpan emas sangatlah mengujakan. Cuba bayangkan sewaktu Amer berumur 20 tahun, semasa zaman belajar, Amer sudah mula menyimpan emas. Dan betullah orang cakap, bahawa menyimpan emas ini adalah ‘berhantu’. Kerana emas ini akan membuatkan kita jadi obses untuk terus mengumpul dan menyimpannya. Kadang-kadang Amer akan menjualnya sedikit demi sedikit masa zaman belajar dulu kalau duit belanja tidak mencukupi.

Amer suka menggunakan Hello Gold ini kerana apps ini sangat user-friendly. Jual beli emas melalui apps ini boleh dilakukan pada bila-bila masa saja melalui smartphone. Tidak seperti zaman dahulu, jual beli emas hanyalah boleh dilakukan melalui bank atau kedai emas. Kebiasaanya sebelum kita membeli emas, kita akan cross-check dengan beberapa kedai emas untuk kita lihat perbezaan harga, tapi dengan Hello Gold Amer boleh melihat harga emas semasa yang dipaparkan dan harganya adalah yang paling murah di Malaysia. Jadi Amer boleh membelikan lebih banyak dengan kos yang rendah.

Sekarang setiap bulan Amer wajib masukkan minimum RM100 dengan menggunakan ‘Smartsaver’ dalam apps Hello Gold ini. Jadi, Amer boleh menggunakan kaedah ‘Dollar cost averaging’ semasa membeli emas ini.

*Anda boleh menggunakan referral code Amer (MUHA0KB6) bagi mendapatkan emas secara percuma bernilai RM5 dengan minumum berbelian emas di sebanyak RM50. Atau hanya klik link ini untuk explore more dengan Hello Gold dan membuat pembelian.

Ringgit Oh Ringgit

Akhir sekali, favorite stuff yang Amer ingin kongsikan adalah salah satu blog favorite Amer iaitu Ringgit Oh Ringgit. Kalau anda seorang yang suka membaca blog tentang personal finance di Malaysia, anda patut pergi ke laman web Ringgit Oh Ringgit ini.

Anda tidak perlu risau berkenaan dengan sebarang jargon words dalam kewangan, Suraya iaitu pengasas kepada ROR, akan menerangkannya secara santai dan ringkas untuk difahami. Bahagian yang Amer paling enjoy membacanya adalah bahagian her monthly budget update. Suraya menunjukkan bahawa soal kewangan, income atau perbelanjaan ini tidak patut menjadi perkara yang tabu untuk dibincangkan secara terbuka. Setiap bulan beliau akan berkongsi tentang perbelanjaan dan pendapatan beliau sebagai seorang full time blogger, juga ‘Yay’ dan ‘Nay’ yang dia telah lakukan dalam perbelanjaan beliau pada bulan tersebut. Sometimes, perkara yang Suraya dikongsikan itu Amer boleh relate atau samakan dengan what happened to my monthly expenses. Thanks Suraya!

Kalau anda belum tahu Suraya ialah salah seorang blogger di Malaysia yang telah membuktikan bahawa ianya adalah tidak mustahil untuk make a living with your passion. Dia seorang yang suka menulis tentang personal finance dan berkongsikannya di sosial media. Suraya make a lifing out of it! Bila Amer baca tentang Suraya ini, Amer teringat konsep ‘New Rich’ yang diceritakan oleh Tim Ferris di dalam bukunya yang bertajuk The 4Hour Workweek.

Perjalanan Ringgit Oh Ringgit untuk mencapai tahap sekarang mengambil masa selama 4 tahun. Seperti business yang lain, kejayaannya tidak muncul sekelip mata, Suraya secara konsisten menulis dan berkongsi di sosial media dan sekarang dia menikmati hasil titik peluhnya. Selain berkongsi melalui twitter, facebook page Suraya kini dia juga banyak berkongsi di radio atau webinar yang lebih mainstream seperti BFM.

Jadi, ini adalah wrap-up untuk sesi monthly favorite kali ini. Amer harap anda enjoy tulisan kali ini. Terima kasih kerana anda membacanya dan kalau anda suka dengan perkongsian kali ini, tolong klik like, comment atau share tulisan ini.

See you in the next writing!

P/s: Sekarang Amer tengah berexperimen untuk menulis 1000 patah perkataan setiap hari selama 30 hari. Nanti Amer akan kongsikan hasil atau progress experimen ini ya. Wish me all the best!

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: