Selepas 21 Hari Journaling, Ini yang Berlaku..

Ini bukanlah kali pertama Amer menulis jurnal sepanjang hidup 26 tahun. Semasa zaman belajar dulu pernah juga tulis jurnal. Anda dahulu pun Amer rasa pernah menulis jurnal ini, kalau tak pernah menulis jurnal pun Amer rasa anda pasti familiar dengan perkataan journaling kan? Zaman sekolah dan universiti dulu Amer menulis jurnal secara tradisional menggunakan pen dengan notebook. Tapi bila masa berlalu, semua jurnal tersebut Amer sudah tak tahu letak di mana. Mungkin ada dua tiga buah di kampung, baki yang lain samada Amer sudah membuangnya atau tersimpan dalam stor di rumah ini. Kalau nak kira jumlah jurnal yang Amer pernah tulis sejak zaman belajar dulu hampir 10 buah.

Anda pernah kira tak berapa jumlah jurnal yang anda pernah tulis? Kebiasaanya ada beberapa jenis jurnal yang orang biasa tulis, antaranya five minute journal, dream journal, travel journal, bullet journal, etc. Sebab itu seseorang boleh memiliki banyak sangat jurnal. Bagi jurnal yang Amer tulis ini, Amer tak specifikkan spesifik jurnal untuk tujuan spesifik. Amer hanya tuliskan semuanya dalam satu jurnal. Words vomit.

Jadi, kenapa sekarang? Kenapa sekarang Amer ambil keputusan untuk kembali journaling secara komited. Dulu Amer menulis jurnal secara tidak berdisiplin, bergantung kepada mood, kadang-kadang Amer akan tulis dan ada masa juga jurnal itu terbiar kosong tanpa apa-apa catatan langsung. Kadang-kadang boleh sampai berbulan-bulan tanpa disentuh. Tapi sejujurnya Amer nak sangat journaling secara konsisten dan menjadi amalan harian. Sebab apa? Kalau kita lihat orang-orang yang hebat dalam sejarah dunia setiap mereka ada menulis jurnal mereka sendiri. Individu-individu seperti Bill Gates, Albert Enstein, Steve Job, Tun Mahathir, Tim Ferris dan banyak lagi. Mereka semua memiliki jurnal yang mereka akan dedikasikan masa untuk menulisnya setiap hari.

Mesti ada something yang hebat dengan amalan menulis jurnal ini bak kata orang, bukan ‘kaleng-kaleng’. Cuba bayangkan bila anda sudah berumur 50-60 nanti anda boleh mengakses atau membaca semula memori-memori untuk 20-30 tahun lepas. Mesti menarik kan! Dan dalam masa yang sama boleh jadi sesuatu yang menakutkan juga. Sudah pasti, pada waktu itu anda tak ingat yang anda pernah berdepan dengan macam-macam situasi, boleh jadi moment tersebut adalah moment yang membanggakan atau mungkin juga moment yang memalukan untuk anda ingat kembali. Atau suatu masa, seseorang mungkin menemui jurnal kepunyaan anda dan ambil keputusan untuk mendokumentasikannya! Siapa tahu masa akan datang, anda merupakan seorang individu yang menyumbang jasa atau disanjung oleh masyarakat dunia dan juga netizen.

Kaedah menulis jurnal yang Amer guna pakai sekarang adalah melalui digital journaling. Amer menggunakan apps seperti Roam atau Evernote. (Seriously you shoud try these apps!) Amer minta maaf sebab mengecewakan anda kerana tidak menggunakan pen dan notebook. Ya, Amer tidak nafikan bahawa journaling secara tradisional lebih ‘feeling’. Tapi Amer pilih untuk journaling secara digital kerana beberapa sebab iaitu aksesibiliti, konsistensi dan fleksibiliti. Amer akan huraikan sebentar lagi.

Ini adalah apps yang Amer biasa guna untuk digital journaling.

KENAPA AMER PILIH DIGITAL JOURNALING

Pertama adalah aksesibiliti. Tidak seperti traditional journaling, Amer boleh access kepada jurnal dengan serta-merta. Terima kasih kepada internet dan cloud system. Jurnal Amer kini boleh diakses pada bila-bila masa dan dimana-mana saja asalkan Amer bawa smatphone bersama-sama dan pastikan ada internet connection. Kes paling teruk, kalau smartphone Amer hilang, Amer masih boleh retrace semula sebab Amer boleh sync jurnal ini dan simpan ke dalam cloud system.

Kedua adalah konsistensi. Konsistensi yang Amer maksudkan adalah konsistensi dari segi tulisan. Sudah semestinya apabila kita menulis jurnal akan ada waktu happy dan ada waktu sedih bukan? Bila Amer menulis semasa sedang excited atau happy, tulisan Amer akan jadi sangat kemas, tapi apabila saat sedih tulisan Amer akan jadi comot dan sangat tidak konsisten. Tambahan pula, Amer ada rasa insecurity dengan tulisan sendiri. Rasa tulisan ini tak lawa jika dibanding dengan orang lain. Jadi digital journaling ini membolehkan Amer untuk konsisten dalam tulisan dan menghilangkan rasa insecurity tadi.

Ketiga adalah fleksibiliti. Amer boleh menulis di mana-mana sahaja dan bila-bila masa. Tidak kira pada waktu siang atau malam. Tidak kira di luar rumah atau di dalam rumah malahan di dalam tandas juga, kalau Amer tiba-tiba dapat idea untuk update jurnal ini. Amer tidak perlu risau untuk membawa pen ataupun jurnal sepanjang masa. Amer hanya perlu membuka smartphone dan mula menulisnya. Pernah tak kita mendengar ada orang membaca di dalam tandas? Mesti kita pernah dengar bukan. Jadi, Amer fikir kita boleh lakukan perkara yang sama dengan journalling ini.

Kaedah journaling yang Amer lakukan selama 21 hari ini Amer namakan sebagai ‘Morning page’. Setiap hari Amer akan luangkan masa maksimum selama 10-15 minit untuk tulis apa sahaja yang bermain dalam fikiran, perasaan ataupun persoalan yang timbul dalam otak ini. Semua perkara yang Amer tulis tidak semestinya mempunyai jawapan atau Amer kena selesaikan, Amer hanya ‘muntahkan’ segala-galanya. Otak kita ini ibarat sebuah RAM dalam sebuah komputer, RAM boleh memproses banyak info atau perkara dalam masa yang singkat namun ianya tidak efisen untuk menyimpan maklumat bagi jangka masa yang lama. Sebab itu kita perlukan jurnal untuk menyimpan segala maklumat atau info agar otak kita ini tidak overload. Jangan bebankan otak kita untuk mengingat banyak perkara, biarkannya hanya untuk proses maklumat atau mencari solusi. Uncluttered and clear.

Quick peek of my digital journal.

APA YANG BERLAKU SELEPAS 21 HARI

Selepas mempraktiskan digital journaling selama 21 hari, Amer mula menyukainya! Dan ini adalah apa yang berlaku selepas 21 hari.

Pada hari ke-4 journalling, Amer telah menulis lebih dari 6-7 entries kerana ada hari Amer akan menulis lebih dari satu jurnal sehari. Amer menulis pada waktu pagi dan juga pada waktu malam. Menulis jurnal ini menjadi sesuatu yang mengujakan. Setiap hari Amer looking forward untuk menulis atau meluahkan apa yang Amer fikirkan dan rasa. Masa yang diluangkan sekitar 10-15 minit itu rasa seperti meditasi untuk Amer sendiri.

Amalan menulis jurnal ini membuatkan Amer lebih sedar dengan fikiran dan perasaan Amer sendiri setiap hari. Apa yang berlaku dan apa yang Amer fikirkan akan direkodkan di dalam apps seperti Roam atau Evernote tadi. Menulisnya dalam jurnal sebenarnya kita mengakui atau acknowledge perasaan ‘down’ atau sedih dalam diri ini. Kita bukan menidakkan atau cuba untuk melupakan perasaan tadi.

Suatu hari, mak mertua Amer ada mengatakan sesuatu kepada isteri tentang pekerjaan Amer, dan pada malam tersebut isteri Amer memberitahu perkara tersebut kepada Amer. Ya Amer merasa agak sedih apabila mendengarnya dan immediately Amer membuka apps Roam dan mula menulis semua perasaan sendiri di dalamnya. Macam Amer beritahu tadi, journaling ini tidak semestinya memberikan solusi kepada sesuatu masalah, hanya luahkan segalanya dan perbuatan menulis tadi membuatkan fikiran Amer lebih tenang dan jelas. Keesokan harinya, Amer sudah tidak fikirkan lagi perkara tersebut. In fact, Amer tak tengok pun semula apa yang Amer sudah tulis semalamnya.

Seterusnya adalah Amer dapat tidur malam dengan lebih lena. Bila kita dapat ‘buang’kan semua dalam fikiran ini di seuatu tempat, kita tak bebankan fikiran kita ini. Fikiran Amer menjadi tidak kucar kacir. Tidur malam yang cukup dapat membantu kita menggurangkan tahap stress dalam badan dan akhirnya kita dapat menjalani hari-hari dengan lebih baik.

Akhir sekali adalah tabiat menulis jurnal ini akan meningkatkan tahap kreativiti Amer dan mencetuskan idea baru. Idea untuk menulis artikel ini adalah datang sewaktu Amer sedang menulis jurnal Amer sendiri. Ya, ‘morning page’ yang Amer luahkan segala-galanya itu evolve menjadi artikel ini.

RECAP MANFAAT MENULIS JURNAL (BAGI AMER SENDIRI)

  • Menggurangkan tahap stress
  • Tidur yang lebih lena
  • Ianya menyeronokkan!
  • Spark new ideas

Harap anda semua enjoy membaca artikel ini, kongsikan jika anda rasa bermanfaat. Jumpa lagi untuk artikel akan datang. Minggu depan adalah artikel untuk Monthly Favorite untuk bulan May 2020. Stay tune! Bagi sesiapa yang belum membaca Monthly Favorite edisi bulan April, boleh baca ya.

8 comments

    1. Hai Shamini, terima kasih kerana stop by to this blog. Yeah, sekarang i’m experimenting my self to writing 1000 words every day. Nanti Amer akan update the progress. Dont forget to subscribe to this blog ya 😊

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: