Kawal Hidup Anda Dengan Hukum 90%

Alhamdulilah waktu bulan puasa ini, tambah pulak tengah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), membolehkan Amer untuk meluangkan lebih banyak masa membaca dan mendengar podcast yang memberikan sedikit sebanyak manfaat atau knowledge baru. Kebiasaanya pada waktu malam walaupun Amer tengah mengantuk nak tidur, Amer akan pilih untuk consume something, boleh jadi membaca Kindle atau turn on any podcast episode sampailah Amer tertidur. And most of time I dont even know at what time I fall asleep 😅

Baru-baru ini Amer terjumpa satu #quote daripada seorang individu bernama Chuck Swindoll dan quote tersebut berbunyi..

Life is 10% of what happens to me and 90% how I react to it.

Chuck Swindoll

Terjemahan kata-kata ini ialah kehidupan ini hanya 10% daripada apa yang berlaku kepada kita, dan baki 90% lagi adalah bagaimana kita bertindak balas dengan apa yang berlaku.

Quote ini membuatkan Amer terpegun dan berfikir seketika. Setiap hari ada sahaja perkara atau kejadian yang berlaku ke atas diri kita, tidak kiralah kejadian tersebut baik atau buruk. Boleh jadi perniagaan kita gagal, kita dibuang kerja oleh majikan, atau hasil jualan bisnes kita merosot sewaktu PKP ini, mungkin ada juga dalam kalangan kita kehilangan orang yang mereka sayang dan sebagainya. Situasi paling dekat dan terkesan dengan kita sekarang adalah wabak CoVid19. Siapa sangka wabak CoVid19 yang berasal usul jauh dari wilayah Wuhan, China ini telah menjadi wabak pandemik seluruh dunia dan kita secara langsung terkesan dengan kejadian berkenaan. Hampir setengah penduduk dunia terpaksa berkurung di dalam rumah akibat wabak ini! Murphy’s Law. Semua perkara tadi adalah tidak lain dan tidak bukan diluar jangkaan dan kawalan kita.

Berdasarkan quote di atas, kehidupan ini adalah sebahagian besarnya bergantung kepada bagaimana kita memberikan respons atau tindakan sewaktu berdepan dalam situasi-situasi tadi.

Semua perkara tadi hanyalah 10% daripada kehidupan kita. Iaitu hanyalah sekeping pizza daripada our whole life pizza.

Amer ingin kongsikan tiga cara bagaimana kita boleh guna atau aplikasikan quote tadi dalam kehidupan kita sekarang ini.

Pertama sekali adalah jangan melatah. Bila kita berdepan dengan situasi yang sukar, ambil masa untuk bertenang dan hadam apa yang sedang berlaku terlebih dahulu. Elakkan diri kita daripada melatah atau memberikan sebarang reaksi yang berpotensi memburukkan keadaan. Kemungkinan besar respons yang kita ambik sewaktu kita melatah dan tidak berfikir panjang ini boleh menjadikan situasi yang sebenarnya adalah minor bertukar menjadi musibah atau malapetaka besar.

Kita boleh lakukan meditasi atau bagi yang beragama Islam boleh lakukan solat sunat dua rakaat. Perbuatan meditasi ini membolehkan kita bertenang. Berikan perhatian kepada cara bernafas, tarik sedalamnya dan hembus secara perlahan-lahan. Lakukan dalam beberapa kali sehinggalah kita perlahan-lahan ‘tidur’ dalam keadaan sedar. Secara amnya, meditasi atau solat ini dapat memberikan kita ketenangan dan kejelasan untuk berfikir dengan lebih baik. Bila kita sudah bertenang maka kita sedia untuk memikirkan jalan keluar daripada masalah-masalah tadi dengan betul dan waras.

Kedua adalah periksa diri sendiri. Kebiasaanya tindakan yang selalu kita lakukan bila terjadi masalah adalah freak out dan gelabah. Jadi, ubah tindakan itu kepada bertenang dan tanyakan soalan-soalan dibawah;

1. Adakah aku masih okay sekarang ini?
2. Adakah aku masih boleh bernafas seperti biasa? Jantung aku masih boleh berdenyut tak?
3. Ada tak sebarang tindakan yang aku boleh lakukan untuk keluar daripada masalah ini?

Sekiranya kesemua jawapannya adalah YA, then we’re still okay. Let’s do something about it.

Sewaktu kita dalam perjalanan ke sesuatu tempat seperti ke lapangan terbang contohnya dan tiba-tiba tayar kereta kita pancit, atau kita mendapat SMS mengatakan salah seorang ahli keluarga kita telah sakit dan sedang dirawat di hospital, sebelum kita gelabah dan ambil tindakan yang bukan-bukan, kita boleh cuba praktiskan untuk berhenti lakukan apa-apa (except you’re driving on busy road🙅🏻) dan tanyakan kepada diri kita soalan-soalan tadi. Ini akan membuatkan setiap tindakan dan respons selepas itu lebih bernas dan tepat.

Ketiga adalah katakan kepada diri kita, “Ini adalah yang saya mahukan!” atau “This is what I want!”. Mantra ini saya belajar daripada salah seorang coach fittness, apabila kita sedang membuat squat atau plank selama beberapa minit dan lutut atau peha kita sudah mula menggigil-gigil, katakan kepada diri kita (menjerit atau katakan dalam hati), “Ini adalah yang saya mahukan.”

*KAVEAT, mantra ini sesuai dilakukan dalam semua keadaan KECUALI keadaan yang melibatkan tragedi yang teruk seperti kehilangan orang yang kita sayang, kehilangan tempat tinggal atau kehilangan wang akibat discam contohnya. Ya, Amer sudah mention terlebih dahulu ini.

Walaupun kita dengar macam pelik tapi tujuan sebenarnya bukanlah untuk bersetuju atau mengiyakan keadaan buruk tadi, sebaliknya adalah untuk reframe diri kita dari melihat ke arah yang negatif dan juga sense of being you are in control.

Dalam keadaan seperti kita sedang menyiapkan kertas kerja dan jiran sebelah rumah tengah drill dinding rumahnya, katakan “This is what I want!”. Atau semasa hari perkahwinan kita, instead of saying all the F-words dan menyalahkan cuaca, dimana akan memburukkan mood atau perasaan kita pada moment bersejarah dalam hidup, katakan “This is what I want!”.

Mantra ini memberikan kita sense of being in control and you gonna take care of it. Jangan biarkan 10% ini mempengaruhi baki 90% of our whole life pie 🥧.

Amer harapkan tulisan ini bermanfaat untuk anda dan Amer akhirkan artikel ini dengan tulisan daripada Chuck Swindoll.

“Attitude is more important than facts. It is more important than the past, than education, money, circumstances, than failures and success, than what other people think, say, or do. It is more important than appearance, ability or skill. It will make or break business, a home, a friendship and organization… The remarkable thing is I have a choice every day of what my attitude will be. I cannot change my past. I cannot control the actions of others. I cannot chance the inevitable. The only thing I can change is attitude.

Life is ten percent what happens to me and ninety percent how I react to it.

Chuck Swindoll

Sekarang Amer ingin dengar pendapat anda, apakah sisi kehidupan anda yang akan berlainan jika anda berubah dalam sikap atau attitude seharian kita? Leave a comment below and let’s have a discussion there! 😃

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: