Pada zaman dunia online sekarang maklumat boleh didapati dengan senang, dan jumlahnya sangatlah banyak. Orang zaman sekarang boleh dapatkan maklumat lebih banyak berbanding dengan orang zaman 1000 tahun dahulu. Bermula dengan informasi, artikel, lagu, cerita dan sebagainya. You name it.
Ibubapa di rumah hari ini boleh dapatkan maklumat tentang parenting dengan lebih banyak dan cepat berbanding dengan ibubapa zaman dahulu. Editor hari ini boleh rujuk infomasi di serata dunia dengan hanya satu klik dan perkara ini mustahil pada 50-60 tahun lepas. Dan pelajar universiti hari ini tahu lebih banyak maklumat baru berbanding dengan pensyarah mereka sewaktu mereka pelajar dulu.
Thanks to the internet for making it happen! (Dan disebabkan itu, ianya sangat mustahil untuk kita consume all these information.)
Disebabkan capaian sesuatu maklumat ini banyak dan mudah, kita selalu mencari rujukan-rujukan atau maklum balas yang dipercayai. Kita akan tapis atau cross-check dengan beberapa sumber yang lain. Maklum balas dan pertimbangan yang jujur serta reliable hari ini sangat scarce. Kita dahagakannya.

Ambik contoh mudah bila kita ingin membeli barangan online, kita akan pergi kepada review atau recommendation terlebih dahulu sebelum ambil keputusan untuk membelinya. That’s how valuable is it.
Jadi, dengan maklumat yang awak baca hari ini apa yang awak dah buat? Macam saya cakap tadi pertimbangan dan maklum balas sangat diperlukan sekarang dan kita sangat kekurangannya.