Monthly Favorite: April 2020

Hi guys, selamat datang ke siri pertama Monthly Favorite. Monthly Favorite ini adalah perkongsian bulanan yang saya akan kongsikan berkenaan dengan favorite stuffs yang saya baca, dengar atau discover pada bulan tersebut. Stuffs boleh jadi dari segi artikel atau buku yang saya baca, podcast yang saya dengar, blog yang saya jumpa atau produk yang saya guna dan saya ingin kongsikan kepada pembaca semua.

Jadi ini adalah penulisan pertama saya dalam blog TheAmeruddinIbrahim ini dan saya pilih Monthly Favorite ini sebagai first official post.

Perkongsian Monthly Favorite pada bulan ini saya akan kongsikan 3 perkara menarik. Pertama adalah blog Favorite baru yang saya jumpa secara tak sengaja, Nat Eliason dan blog ini saya jumpa bila saya searching artikel tentang “passive income”. Kedua adalah Youtube Channel Ali Abdaal yang saya tengok setiap kali ada video baru yang channel ini keluarkan dan terima kasih kepada channel ini juga yang memberi saya inspirasi untuk menulis tulisan ini. Dan perkara terakhir yang saya ingin kongsikan adalah Kindle kepunyaan saya. Tech ini menjadi my favorite stuff selepas iPad Pro yang saya akan pastikan bersama-sama saya setiap masa.

Let’s get started!

1st Favorite Stuff

Perkara pertama yang saya ingin kongsikan adalah blog favorite terbaru saya, Nat Eliason, awak boleh ke blognya ini.

Pertama kali saya baca dan screening beberapa artikel dalam blog ini, saya terus bookmark sebagai my favorite website dalam iPad saya. Basically, blog ini mengandungi hampir semua topik atau tags yang saya bakal tulis dalam blog ini.

Yang paling menarik dalam blog ini, Nat Eliason publish banyak ringkasan buku dan artikel-artikel yang dia telah baca selama ini. Senarainya sangatlah banyak dan pelbagai merangkumi buku, artikel dan podcast/video yang dibuat dalam bentuk personal notes dan dikongsi secara percuma di blognya. Ianya sangat menarik untuk dibaca. Ini adalah contoh yang saya akan buat cuba dengan blog TheAmeruddinIbrahim ini. Saya terinspirasi dengan blognya. Wish me best of luck!

Nat Eliason menulis artikel tentang bagaimana dia menjana passive income dan tentang apa yang memberikannya inspirasi untuk membina passive income ini. Kini dia adalah sorang usahawan perniagaannya sendiri dan mempunyai beberapa aliran passive income yang Nat berjaya bina. Hasil dari passive income ini membolehkan dia mengembara ke serata dunia untuk beberapa bulan atau tahun. Dia berjaya travel ke Argentina dan negara-negara lain untuk beberapa bulan tanpa fikirkan soal pendapatan. Thanks to his passive income! Buku The 4-Hour Workweek daripada Tim Ferris merupakan sumber inspirasi bagi Nat Eliason dalam membina passive income ini. Antara idea passive income yang diceritakan dalam buku Tim Ferris ini adalah mulakan membina passive income seawal mungkin kerana passive income ini mampu membawa kita sampai satu tahap kita boleh berehat santai dan travel serata dunia untuk jangka masa panjang dan kita ada passive income untuk menampung kehidupan tersebut. Perkara ini adalah matlamat saya sekarang, dimana saya membina beberapa jenis passive income supaya sampai satu masa, saya boleh memilih untuk bekerja bukan sebab duit tapi sebab saya ingin berkerja dan minat saya.

Apa yang lebih menarik bila saya baca tulisan passive income Nat Eliason ini, dia menulis tentang pengalaman dan perspektif peribadinya selepas hampir setahun hidup secara Nomad dengan passive income. Bila dia telah lama mengembara tanpa risaukan tentang duit dan perbelanjaan, dia dapat melihat satu perspektif yang baru dan berbeza di mana kita selalu ada assumption bila kita berjaya dan dah tak bekerja atau tak perlu lapor kepada boss atau majikan, itu adalah ultimate freedom & happiness tapi sebenarnya tidak. Tapi sebenarnya bila kita sudah mencapai tahap sedemikian akan datang perasaan weird dissatisfaction. Perasan apabila kita akan rasa tertekan dan hilang arah tidak tahu nak buat apa seterusnya membuatkan kita lemah. Dari situ kita sedar bahawa matlamat untuk banyak duit sampai satu masa kita boleh travel around the world for long term ini bukanlah benda yang kita kejar atau cari.

Nat Eliason memberitahu bahawa apabila kita berada pada tahap itu baru kita akan rasa perasaan yang dimaksudkan ini. Sebenarnya ultimate happiness bukanlah daripada duit yang banyak atau you dont need to work anymore tapi daripada perkara-perkara sekeliling kita seperti komunikasi bersama keluarga dan rakan-rakan, kehidupan di tempat tinggal dan personal growth. Kegembiraan sebenarnya ada di tempat/kampung yang kita tinggal sekarang dan dalam diri kita sekarang bukannya di tempat lain di dunia.

Ini sangat menarik, kerana saya sekarang dalam proses membina aliran-aliran passive income, saya membuat beberapa bisnes konsultansi berkenaan dengan kewangan, supaya saya sampai satu tahap seperti apa yang dikatakan oleh Nat Eliason ini. Di mana duit tidak jadi menjadi persoalan penting dan kerja yang saya lakukan nanti bukanlah disebabkan paksaan tapi for the sake of my passion.

Sekarang mungkin saya tak dapat rasa perspektif peribadi yang Nat ceritakan ini. Sebab saya masih belum sampai ke tahap sepertinya tapi saya akan terus berusaha untuk membina passive income supaya dapat experience apa yang Nat katakan dan pastikan pada ketika tu saya bekerja disebabkan passion saya sendiri. Apa yang menarik pasal blog Nat Eliason ni adalah dia membuka atau membuatkan saya berfikir dua kali tentang perkara yang saya ingin capai dalam passive income ini. Kalau awak berminat tentang psychology, entrepreneurship, finance atau personal growth saya sangat recommend untuk pergi ke blog dia, Nat Eliason.

2nd Favorite Stuff

Seterusnya adalah Youtube Channel oleh seorang doktor perubatan di Universiti Cambridge yang banyak membuat video-video berkenaan dengan productivity, education, life-hacks, dan ulasan tentang barang-barang tech. Ianya adalah Ali Abdaal Channel

Terima kasih kepada channel ini yang memberikan saya inspirasi untuk menulis siri Monthly Favourite ini.

Ali Abdaal ini antara channel yang saya ikuti agak awal, pada ketika tu follower channel dia baru sekitar 60K followers. Kini semasa tulisan ini ditulis, channel follower Ali Abdaal ini sudah mencecah 630+K. Ianya mengambil masa sekitar lebih kurang satu tahun.

Perkara pertama yang saya tertarik dengan channel Ali Abdaal ini adalah dari segi personaliti dan karakternya. Cara dia bercakap dan penjelasaanya di dalam video-videonya sangat humble dan santai. Walaupun dia sangat busy sebagai seorang doktor perubatan di Cambridge dia berjaya menguruskan content channelnya dengan berjaya dan dalam masa yang sama dia jugak menguruskan beberapa perniagaannya bersama kawan-kawan doktornya yang lain. Masa saya mula-mula discover channel ini dia masih seorang pelajar perubtan tahun akhir di universiti Cambridge kini dah officially bergelar seorang doktor.

Ali Abdaal berasal dari keluarga yang berada, ibunya juga seorang doktor pakar. Jadi memang dari segi kehidupannya duit bukan soal yang besar. Namun begitu, keadaan tersebut tidak menjadikan dia seorang yang selesa dengan persekitaran yang sedia ada. Sejak remaja lagi Ali telah membina beberapa bisnesnya sendiri, daripada berpuluh-puluh idea bisnesnya tersebut ada yang banyak jugak yang gagal dan sekarang bisnes yang masih berjalan mampu memberikan pendapatan yang agak stable kepadanya. Tengok dari jumlah followers and kualiti video content Youtube Channel Ali Abdaal, saya boleh anggarkan hasil pendapatannya tidak lari daripada empat atau lima digit. Dalam tempoh masa 12-18 bulan lagi saya anggarkan bakal mencecah six digit of revenue!

Terdapat beberapa playlist yang saya ikuti dari channelnya ini, pertama adalah tech review yang Ali Abdaal buat dan seterusnya adalah playlist berkaitan dengan kehidupannya sebagai seorang doktor perubatan dan jugak sebagai content creator. Apps yang saya guna hasil daripadanya channelnya ini adalah Roam dan Readwise. Saya dapati apps ini sangat membantu dalam kehidupan harian saya dalam menulis nota dan tingkatkan produtiviti saya, boleh cuba explore kedua-dua apps ni.

Last Favorite Stuff

Perkara favorite terakhir yang saya nak kongsikan adalah my own Kindle dan saya akan tulisnya secara ringkas.

Kindle ini saya beli 3 tahun lepas, iaitu apabila saya mencari solusi untuk membaca buku pada waktu malam tanpa membuka lampu bilik tidur. Backlight pada smartphone membuatkan saya sakit mata bila membaca buku untuk tempoh masa yang lama khususnya pada waktu malam. Jadi, Kindle Paperwhite yang saya beli ini make it possible untuk membaca ebook pada waktu malam. Saya boleh membaca ebook dalam Kindle ini untuk 1 jam atau lebih tanpa mengalami sakit mata. Thanks to its brightness and back-light free!

Kindle ini adalah tech kedua yang saya akan pastikan dibawa ke mana-mana selepas iPad Pro. Jadi bila saya terfikir nak buat benda-benda yang kurang produktif seperti tengok Facebook berjam-jam atau bosan saya boleh buka Kindle untuk membaca ebook atau sebarang artikel yang saya sudah muat turun. Jadi daripada saya menghabiskan masa dengan Facebook atau Youtube saya boleh luangkan masa bersama dengan Kindle. Tech ini adalah antara benda yang saya bersyukur sebab saya beli kerana saya boleh membaca lebih banyak buku dan membaca ebook ini menjadikan saya menyumbang kepada paperless environment.

Selain itu, Kindle ini membolehkan saya untuk highlight poin-poin penting yang saya mahukan tanpa rasa bersalah atau tersilap highlight. Perkara itu selalu terjadi bila saya tersalah highlight dalam buku fizikal atau rasa macam banyak sangat pula highlight dalam buku ini dan rasa sayang sebab sudah tidak seperti baru. Saya rasa ini adalah dilema kepada bookaholic. Direct access kepada kamus juga merupakan kelebihan Kindle ini. Bila saya tidak tahu maksud sesuatu perkataan, saya hanya perlu highlight perkataan tersebut dan terus saya boleh tahu maknanya. Jimatkan masa!

Akhir sekali, apabila saya ada terbaca sebarang recomendation books saya boleh terus cari dan beli melalui website Amazon Kindle. Tidak sampai tempoh 5 saat, ebook itu boleh saya access dan baca segera. Again, yeah save more time!

Ya, itu adalah 3 perkara favorite yang saya kongsikan dalam tulisan Monthly Favorite kali ini. Saya rasa waktu PKP ini adalah waktu yang sangat sesuai dan produktif bagi saya kerana sebelum-sebelum ini saya jarang nak menulis kononya sebab komitment kerja atau penat. Tapi waktu PKP ini membolehkan saya untuk explore perkara baru seperti menulis blog, mendengar podcast dan membaca lebih banyak artikel. Sekarang saya membuat komitment baru untuk membuat content di blog TheAmeruddinIbrahim ini dengan lebih berdisiplin. Saya merancang untuk menjadikan blog ini sebagai “Passive Sales Funnel” saya dan dalam masa sama meningkatkan kemahiran menulis saya.

See you in the next writing!

p/s: Post Monthly Favorite ini membantu tak? Tulis di ruangan komen apa pendapat awak supaya saya boleh improve more untuk siri akan datang.

7 comments

Leave a Reply to Shukur Yusuf Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: